Saturday, 04 May 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 P-S Satellite Television Utusan malaysia : Aduan : Lagi pelanggan kecewa perkhidmatan Astro
Utusan malaysia : Aduan : Lagi pelanggan kecewa perkhidmatan Astro PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 11 September 2009 11:03

SAYA pelanggan setia siaran TV berbayar Astro yang merupakan saluran yang terus maju ke hadapan dalam sektor penyiaran. Sejak awal penubuhannya saya begitu kagum dengan program yang di sediakan.

Mungkin sebab kosnya dibayar oleh pelanggan maka kualitinya dijaga dan diolah sedemikian rupa.

Setelah sekian lama menjadi pelanggan setia akhirnya saya merasa kecewa, tertipu pun ada.

Sejak kebelakangan ini diwujudkan beberapa lagi saluran yang merencanakan pelbagai pengisian yang bolehlah dianggap sebagai upgrade. Pakej-pakej yang menarik dari segi kadar bayarannya.

Tetapi saya rasa seperti sedang menonton ‘pita video lama’ sebab semua bahan yang dipaparkan merupakan bahan yang lama yang telah pun ditonton sejak awal Astro dilancarkan dahulu.

Akhirnya saya rasa tertipu dan bosan dengan rancangan- rancangan yang disediakan. Rancangan-rancangan baru saya rasa begitu rendah peratusnya.

Lebih-lebih lagi dari segi logiknya rancangan-rancangan ‘lapok‘ ini sudah pun dibayar kosnya oleh pelanggan dan akhirnya terpaksa membayar berkali-kali untuk menonton bahan yang sama entah sampai bila.

Jadi Astro, berpijaklah di bumi yang nyata walaupun satelit berada di angkasa lepas, sebab pelanggan pun berhak mendapat yang terbaik.

Jadi ‘buatlah yang terbaik‘ jangan buat yang ‘terbalik‘ dari siaran Astro ke siaran Retro pula.

– PELANGGAN SETIA,

Kuala Lumpur.

26 Mac 2008