Saturday, 04 May 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 P-S Satellite Television Aduan : Lagi pelanggan kritik Astro
Aduan : Lagi pelanggan kritik Astro PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 11 September 2009 11:02

SAYA tertarik dengan rintihan Pelanggan Setia dari Kuala Lumpur pada 25 Mac lalu. Atas dasar prihatin, sebagai pengguna saya amat menyokong pandangan beliau.

Saya juga merupakan salah seorang pengguna Astro dari mula zaman bertapaknya siaran Astro di Malaysia.

Sudah pasti ramai pengguna begitu komited membayar yuran langganan di antara RM50 - RM100 untuk mendapatkan program dan siaran yang pelbagai dan menarik.

Ada keluarga yang sanggup mengikat perut semata-mata ingin memiliki Astro. Lihat saja rata-rata kawasan perumahan bahkan di sekolah-sekolah, piring Astro berdiri megah di atas bumbung dan bangunan.

Kejayaan Astro menambat hati pengguna tidak dinafikan lagi. Astro di dalam strategi pemasarannya ligat memaparkan pelbagai rancangan yang dijangka mampu meraih tontonan pelanggan.

Namun begitu, boleh dikatakan 80 peratus siaran Astro adalah menghampakan. Saban hari siarannya diulang tayang berulang kali sehinggakan seisi keluarga mampu menghafal skrip tayangan-tayangan tersebut.

Sebagai syarikat gergasi, Astro seharusnya memperbaiki kualiti dan mutu siaran demi menjaga imej dan sudah pasti mendengar rintihan para pelanggannya.

Mempelbagaikan rancangan dan program yang semestinya tidak disiarkan berulang-ulang kali. Astro harus mengambil tindakan dengan segera dalam menyelesaikan masalah ini agar pengguna tidak semakin bosan.

Saya yakin lebih ramai lagi pengguna di luar yang ingin meluahkan perasaan yang sama.

– DANNY

Kuala Lumpur.

1 April 2008