Saturday, 18 May 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 P-S Satellite Television Talian Astro tidak mesra pelanggan
Talian Astro tidak mesra pelanggan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 11 September 2009 10:28

Saya ingin membuat aduan mengenai talian khidmat pelanggan yang digunakan oleh pihak Astro.Saya telah membayar caj bulanan saya sebanyak RM60,tetapi perkhidmatan Astro saya dihentikan.Oleh yang demikian saya terus menghubungi talian khidmat pelanggan astro(1300 82 3838) namun panggilan saya tidak dilayan.Lebih kurang 10 kali saya menghubungi Astro,namun gagal untuk disambungkan kepada operator,(talian sedang sibuk).

Saya amat kecewa dengan pihak astro kerana walaupun gagal bercakap dengan operator tetapi bil kredit telefon saya ditolak dengan banyak.Saya rasa ditipu seolah-olah caj bulanan yang dikenakan tidak berbaloi dan perkhidmatan yang diberikan amat mengecewakan.Caj bulanan sudah dibayar namun saya masih tidak dapat  menggunakannya.Apa yang diinginkan oleh pihak astro sedangkan talian yang digunakan gagal membantu pengguna seperti saya.?

Pengarah NCCC : Pihak NCCC menyeru agar pihak Astro menyediakan talian bebas tol bagi pengguna membuat aduan berkenaan dengan perkhidmatan Astro. Pihak NCCC juga pasti bahawa Maxis dapat membantu dalam hal ini. Ini merupakan tanggungjawab Korporat Astro.

23 May 2008