Monday, 06 May 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 P-S Public Utilities KEPINCANGAN SISTEM PENGURUSAN CUKAI TANAH
KEPINCANGAN SISTEM PENGURUSAN CUKAI TANAH PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:12

NCCC telah dikunjungi oleh seorang pengadu yang mendakwa bahawa beliau telah dianiaya oleh Pejabat Tanah Seremban.

Menurut pengadu beliau telah menerima penyata tunggakan cukai tanah bagi tahun  2005 dan 2006. Pengadu berasa amat hairan dengan penyata yang diterimanya kerana menurut pengadu segala bayaran yang harus dibayar telahpun dijelaskan. Bagi membuktikan kes pengadu, beliau telah mengemukakan resit bayaran yang telah dibuat beliau. Persoalannya disini adakah ini disebabkan kelemahan sistem pungutan Bil Setempat yang diuruskan oleh Unit Hasil Pejabat Daerah dan Tanah Seremban

Oleh kerana pengadu tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, maka beliau telah membuat aduan di pejabat NCCC.

TINDAKAN NCCC

Setelah meneliti aduan pengadu, NCCC telah menulis surat  secara rasmi kepada pihak Pentadbir Tanah Daerah  untuk meminta penjelasan di atas perkara tersebut. NCCC telah menerima respon positif dimana pihak terbabit telah membuat penjelasan dan memberikan alasan mengapa perkara tersebut berlaku. Pihak Pentadbiran meluahkan rasa kesalnya dan memohon maaf kepada pengadu serta berjanji untuk memperbaiki kesilapan yang terjadi supaya ia tidak akan berulang lagi di masa akan datang.

NASIHAT NCCC

Aduan yang dibuat oleh pengadu ini secara tidak langsung mengambarkan kepincangan pengurusan data pihak pentadbiran yang mana secara langsung telah menyusahkan pengguna-pengguna dan juga merugikan mereka. Walaupun pihak NCCC hanya menerima satu aduan sahaja, namun kami percaya banyak kes yang sama seumpama ini berlaku di luar sana yamg tidak diadukan kepada pihak kami. Oleh itu, kepada sesiapa yang menghadapi perkara yang sama, diharapkan supaya mereka membuat aduan supaya nasib mereka akan terbela. Jangan hanya berdiam diri kerana ia nya hanya akan merugikan anda.