Visi & Misi | ![]() |
Fungsi NCCC | ![]() |
Proses Pengendalian Aduan | ![]() |
Carta Organisasi | ![]() |
TOP UNIVERSAL - Agensi Pekerjaan Menipu Pengguna |
![]() |
![]() |
![]() |
Written by Administrator |
Thursday, 10 September 2009 15:09 |
Pada 28 May 2008 saya telah diarahkan untuk membuat pembayaran kepada penama tersebut (norhafizah binti mafar - 164593022078 - Maybank) bagi membolehkan pihak Top Universal menguruskan proses penghantaran dokumen (data-entry job). Sebelum itu saya yg telah membaca mengenai iklan kerja data-entry tersebut telah menghubungi pihak mereka.kemudian saya telah diberi penerangan (yang tidak membantu). Mereka hanya menyatakan saya akan dibayar secara mingguan (RM 400). ramai pekerja yang apply dan ketika itu saya dimaklumkan bahawa hanya tinggal satu sahaja tempat kosong bg data entry job tersebut. Setelah membuat pembayaran tersebut.. sehingga kini saya masih tidak mendapat maklum balas. Saya telah berkali-kali menghubungi pihak tersebut tapi panggilan saya tidak dilayan / tidak dijawab. saya juga telah beberapa kali menghubungi cik (yang tidak menyatakan namanya) tetapi dia menghubungi saya dan memberi arahan kepada saya supaya bank in sebanyak RM 185 ke akaunnya.. (0173441288). Panggilan saya tidak pernah dijawab. SMS saya tidak pernah dibalasnya. Saya hanya pelajar universiti yang amat-amat memerlukan pekerjaan sampingan bg mendapatkan wang untuk membiayai pengajian saya di peringkat sarjana. Saya amat berharap agar pihak Tuan dapa membantu saya agar hak saya terbela. Sekiranya Tops Universal menjalankan kegiatan penipuan, saya amat berharap agar saya dapat kembali wang tersebut. Saya terpaksa bersusah payah untuk mencari wang demi pelajaran saya, kenapa pula ada pihak yang sesuka hati mengambil kesempatan terhadap orang susah seperti saya? Untuk menghubungi pihak mereka pun saya terpaksa berbelanja untuk membuat panggilan tersebut. Walaupun mereka mengarahkan saya untuk membayar RM 185 tetapi, saya terpaksa membayar RM 190 kerana mesin deposit cash tidak menerima wang RM 5, dan saya pula tidak memiliki akaun Maybank...sehingga kini masih tiada sebarang maklum balas dari Tops Universal..dan Isnin 7/7/08 kuliah akan bermula. Saya amat memerlukan wang. Saya hanya ingin mencari wang dari sumber yang halal demi pelajaran saya. |
Last Updated on Thursday, 10 September 2009 15:11 |