| ADUAN MINGGU INI - - TIADA POTONGAN HARGA |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Monday, 14 September 2009 11:11 |
|
NCCC menerima satu aduan daripada seorang pengadu bahawa beliau telah ditipu oleh sebuah kedai farmasi apabila gagal mendapatkan barangan yang dibelinya pada harga yang ditawarkan oleh farmasi tersebut. Pengadu telah membuat keputusan untuk membeli sebuah produk apabila melihat tanda harga produk tersebut yang menunujukkan potongan 10% akan diberikan sekiranya beliau membeli produk berkenaan. Walaubagaimanapun, apabila Pengadu membuat pembayaran di kaunter, potongan harga sepertimana yang dinyatakan tidak diberikan kepada beliau. Pengadu telah membuat aduan kepada ibu pejabat farmasi tersebut tetapi pihak pengurus tidak memberi sebarang tindak balas. Malahan menurut pengadu, kakitangan syarikat tersebut juga bersikap kasar terhadap beliau dan tidak mengambil aduan beliau dengan baik. Oleh kerana tidak puas hati dengan apa yang berlaku, pengadu telah membuat aduan kepada NCCC untuk meminta bantuan. TINDAKAN NCCC NCCC telah menulis surat rasmi kepada pihak farmasi itu dan meminta agar satu penjelasan diberikan dalam tempoh 7 hari. Pihak farmasi telah menjawab surat NCCC dan menyatakan bahawa pengurus farmasi telah menghubungi pengadu untuk meminta maaf atas kesalahan pihak mereka. Pengurus tersebut juga telah menawarkan harga yang sebenarnya iaitu potongan 10% pada barangan yang telah dibeli oleh pengadu. Walaubagaimanapun pengadu tidak memberi sebarang jawapan atas tawaran tersebut. Akhirnya, setelah dihubungi oleh pegawai perkhidmatan pelanggan farmasi, pengadu menyatakan bahawa beliau tidak mahu menuntut sebarang bayaran tetapi mahu melihat satu perubahan dalam perkhidmatan di farmasi tersebut. NASIHAT NCCC Apabila membeli sesuatu barang yang mempunyai tanda potongan harga, dapatkan kepastian daripada pembantu kedai. Sekiranya semasa membuat pembayaran potongan harga tidak diberikan, pengguna mempunyai hak untuk membatalkan pembelian barangan tersebut dan menuntut wangnya dikembalikan. 1 OCTOBER 2006 |
NCCC NEW OFFICE
| National Consumer Complaints Centre | |||||||||||
|
Arkib Aduan Pengguna 





