Visi & Misi | ![]() |
Fungsi NCCC | ![]() |
Proses Pengendalian Aduan | ![]() |
Carta Organisasi | ![]() |
Aduan: Iklan Promosi Tambang Murah MAS Mengelirukan Pengguna |
![]() |
![]() |
![]() |
Written by Administrator |
Friday, 11 September 2009 11:31 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera sidang pembaca sekalian, Saya ingin menarik perhatian kalian tentang iklan promosi syarikat penerbangan negara MAS.� Dalam iklannya yang terpampang di akhbar utama negara dan internet secara besar-besaran yang mempromsikan penerbangan murah hingga akhir bulan Januari 2008 untuk tempoh penempahan dari 29 Nov hingga 15 Disember 2007. Sebagai pengguna, tentunya kita menjangka sekiranya kita membeli tiket� kapal terbang awal misalnya sebulan dari tarikh penerbangan kita akan mendapat harga yang rendah.� Itulah harapan saya apabila saya membeli tiket untuk penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur untuk penerbangan pada bulan Januari 2008 untuk keluarga saya yang berjumlah 3 orang pada harga tiket dewasa. Saya telah membuat belian secara intrenet pada hari Jumaat 7 Disember 2007, dengan harga $840 dengan� tambang kelas (V) unutuk penerbangan pergi and tambang kelas (L)untuk penerbangan balik.� Malangnya, apabila saya melihat laman web MAS pada� hari semalam, Disember 12 harga untuk penerbangan yang sama yang saya beli telah menjadi semurah $270.� Paling mahal pun pilihan tambang kelasnya adalah $510. Saya memang merasa tertipu dengan iklan MAS. Sepanjang saya menjadi pengguna penerbangan Air Asia tidak pernah perkara sebigini berlaku iaitu semakin dekat traikh penerbangan semakin murah tambang dansememagnya bil tambangnya tidak jelas.� Bil MAS tidak menyatakan butiran caj untuk cukai lapangan terbang dan caj-caj yang berkaitan. Selamat Berjaya dan Semoga MAS akan berubah. Terima Kasih kerana sudi membaca komen ikhlas dari saya. Wassalam,
|