Visi & Misi | ![]() |
Fungsi NCCC | ![]() |
Proses Pengendalian Aduan | ![]() |
Carta Organisasi | ![]() |
Aduan : Khidmat Pelanggan Air Asia Tidak Profesional |
![]() |
![]() |
![]() |
Written by Administrator |
Friday, 11 September 2009 11:30 |
Saya menghadapi masalah semasa membuat 2 internet penerbangan tempahan bertarikh 05 Julai 2007 pergi ke Macau dan balik Kuala Lumpur pada 13 Julai 2007. Saya mendapati harga telah berubah selepas tempahan pertama. Saya ingin tempah 4 tiket pergi dan balik pada masa yang sama. Saya menelefon pelanggan servise Air Asia untuk mendapat charge penukaran untuk 2 tiket yang telah saya bayar kerana harga tidak serasi. Pihak Air Asia, Lisa, memberitahu saya bahawa saya perlu membayar charge penukaran RM75 setiap orang. Saya membuat 4 tempahan selepas itu dan cuba menukar masa yang telah saya bayar sebelum ini. Saya mendapati bahawa harga penukaran meningkat sehingga RM336 dan ia adalah tidak sama dengan maklumat yang saya� dapat daripada pihak Air Asia. Saya telefon the pelanggan servise dan cuba mendapat kepastian tetapi mereka menyatakan bahawa saya telah membuat kesilapan semasa mendapatkan maklumat daripada mereka. Mereka tidak pernah menyatakan RM75 setiap orang dan mereka hanya memberitahu RM75 setiap penukaran penerbangan. Saya tidak berpuas hati kerana mereka tidak mengaku salah. Saya telah merakamkan video perbualan saya dengan Lisa sebagai bukti. Kenyataan menyokong saya. Saya telah menelefon sekali lagi dan akhirnya superviser pelanggan servise,Vilknesh mengakui bahawa ini adalah kesilapan mereka dan memberi saya jalan penyelesaian. Jalan yang diberinya langsung tidak masuk akal. Dia akan membatalkan 2 tiket tersebut dan tempah 2 tiket untuk saya. Jumlah yang perlu saya ialah RM405. Saya terasa ini adalah penipuan atau muslihat Air Asia. Saya telah menolak cadangan tersebut. Vilknesh janji bahawa dia akan memberitahu segala peristiwa yang telah say timpa kepada Senior Officer,Shah dan Shah akan menelefon saya pada hari Isnin pagi.Saya menunggu panggilan Shah sehari demi sehari tetapi ia asyik mengecewakan saya. Saya menelefon Air Asia setiap hari tetapi mereka asyik membuat janjian kosong. Mereka tidak pernah menelefon saya balik. Mereka langsung tidak mengambil berat terhadap komplain. Kini, saya berharap Pihak Tuan dapat mengambil berat terhadap peristiwa ini dan menolong saya dalam menangani peristiwa ini. Saya berharap pihak Air Asia dapat memberi penjelasan sewajarnya dan dapat menukar tiket penerbangan saya secara percuma sebagai pampasan. Terima kasih.
Maklumat pengadu dirahsiakan NCCC
|