Pengumuman
Info Pengguna
Polls
Kempen 3K
- Error
BERHATI-HATI APABILA MENDAPATKAN KHIDMAT BENGKEL KENDERAAN |
![]() |
![]() |
![]() |
Friday, 01 February 2013 18:01 |
Antara aduan yang sering diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) ialah perkhidmatan bengkel kenderaan. Kenderaan, sama ada kereta atau motosikal merupakan aset penting bagi pengguna kerana ia merupakan keperluan harian untuk ke tempat kerja atau pergi sesuatu destinasi. Namun begitu, akibat daripada perkhidmatan bengkel yang tidak memuaskan menyebabkan pengguna sering mengalami kerugian. Antara masalah tersebut ialah mutu pembaikan yang rendah, alat ganti tiruan atau tidak berkualiti, kerja pembaikan yang melebihi daripada apa yang diminta, bayaran tinggi dan kerja pembaikan lambat dilakukan. Sebelum sesuatu kerja pembaikan dilakukan, anda perlu mendapatkan butiran sebut harga pembaikan terlebih dahulu. Setelah anda bersetuju dengan kerja pembaikan yang akan dilakukan serta bayaran yang dikenakan, barulah anda membenarkan kerja pembaikan dilakukan.
|
NCCC NEW OFFICE
National Consumer Complaints Centre | |||||||||||
|
KonsumerKINI Feed
Rakan Kerjasama
![]() ![]() Persatuan Pengguna Selangor & Wilayah Persekutuan |