Pengumuman
Info Pengguna
Polls
Kempen 3K
- Error
Rugi lebih RM11,000 terpedaya panggilan scammer |
Friday, 27 August 2021 14:01 |
Ogos 27, 2021 10:55 MYT Pengadu berusia 24 tahun menerima panggilan daripada adiknya yang berusia 22 tahun pada Khamis meminta wang untuk membayar kos penginapan tempat kerja selepas diminta berbuat demikian oleh pengurusnya di Kuala Lumpur. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa membantu adiknya itu dengan membuat bayaran dengan jumlah keseluruhan RM6,847 melalui sebuah akaun bank atas nama seorang lelaki yang diberikan adiknya itu. Menurutnya, pada petang hari sama, adik pengadu menghubungi ibunya pula untuk meminta wang tambahan bagi tujuan sama. “Kira-kira jam 5 petang pada hari berkenaan, ibu pengadu ke bank dan memindahkan wang ke akaun sama berjumlah RM4,336. “Pada hari berikutnya, pengadu dihubungi adiknya memberitahu bahawa wang yang diminta bukan untuk penginapan sebaliknya dia menjadi mangsa panggilan sindiket penipuan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat. Mohd Wazir berkata, susulan kejadian, pengadu membuat laporan polis di Balai Bolis Mentakab pada Khamis. “Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rugi-lebih-rm11000-terpedaya-panggilan-scammer-316313 |
NCCC NEW OFFICE
National Consumer Complaints Centre | |||||||||||
|
KonsumerKINI Feed
Rakan Kerjasama
Persatuan Pengguna Selangor & Wilayah Persekutuan |