Sunday, 04 Dec 2022
You are here: Home
Error
  • Error loading feed data.
Duit simpanan RM15,000 dalam akaun lesap PDF Print E-mail
Tuesday, 23 March 2021 15:51

Stuck at home? Watch out for these scams23 Mac 2021
KUANTAN- Tindakan seorang pemuda yang mengemas kini akaun bank miliknya menerusi pautan yang diterima melalui sistem pesanan ringkas (SMS) menjerat diri apabila wang simpanannya berjumlah RM15,000 lesap.

Kejadian berlaku pada Selasa lalu, apabila mangsa berusia 22 tahun menerima satu SMS memintanya mengemas kini dan mengesahkan akaun bank miliknya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, pada mulanya mangsa tidak mengendahkan, namun selepas menerima SMS sama pada keesokan hari menyebabkan mangsa bertindak mengakses pautan yang diberikan itu.

"Mangsa menekan pautan itu kerana yakin itu adalah SMS dari pihak bank dan terus mendaftar masuk ke laman web sebuah bank bagi mengemas kini dan mengaktifkan akaunnya.

"Setelah itu, mangsa terus mendaftar keluar tanpa membuat sebarang semakan semula ke atas akaun miliknya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, bagaimanapun pada Sabtu lalu, mangsa terkejut apabila mendapati terdapat tiga transaksi pemindahan wang dilakukan kepada individu tidak dikenali sebanyak RM15,000.

Jelasnya, mangsa kemudian menghubungi pihak bank dan menceritakan masalah yang berlaku dan sekatan akaun telah dibuat.

"Mangsa tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh pada petang Isnin untuk membuat laporan," katanya.

 

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/129799/BERITA/Semasa/Duit-simpanan-RM15000-dalam-akaun-lesap
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf