Thursday, 28 Mar 2024
You are here: Home
Aduan Pengguna: Kualiti Capaian Internet (Telekomunikasi) PDF Print E-mail
Written by admin3   
Monday, 08 February 2021 10:31

 


---------- From the Desk of CEO ----------

Jenis Aduan: Kualiti Capaian Internet (Telekomunikasi)

Malaysian Communications and Multimedia Commission Act 1998

 

Aduan Pengguna:

Pihak NCCC telah menerima aduan daripada Mr.K berkenaan dengan kualiti tahap capaian internet yang tidak memuaskan seperti apa yang telah dibayar atau dilanggan di syarikat telekomunikasi X. Pengguna juga tidak berpuas hati dan berasa tertipu kerana perlu membayar komitmen bulanan yang tidak setimpal dengan servis perkhidmatan internet yang berikan oleh syarikat telekomunikasi X.

 

TINDAKAN dan NASIHAT NCCC:

1) Pihak NCCC telah memanjangkan dan menghubungi syarikat telekomunikasi X untuk menyelesaikan pertikaian antara pengguna dan syarikat tersebut.

2) Pihak NCCC juga telah memanjangkan masalah ini kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk pemerhatian pihak berkenaan supaya isu seperti ini dapat diatasi justeru dapat memperjuangkan hak-hak pengguna.

 

Apa PENGGUNA boleh lakukan?

1) Pengguna hendaklah MENGUJI sambungan penghala (router) dan MENGEMUKAKAN laporan aduan kelajuan internet. Antara pautan yang boleh digunakan untuk menyemak kelajuan internet adalah seperti; www.speedtest.net /www.meter.net dan sebagainya.

2) Selepas pengguna menguji kelajuan internet, sila 'SCREENSHOT' dan SIMPAN keputusan ujian kelajuan internet sebagai bukti apabila membuat aduan.

3) Pengguna perlu MENGHUBUNGI dan MELAPORKAN aduan kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

 

 


 

Last Updated on Monday, 08 February 2021 10:51