Laporan Tahunan 2008 - Kes gores menang tertinggi Print
Written by Administrator   
Friday, 04 December 2009 09:59

 PETALING JAYA: Sebanyak 28,080 aduan membabitkan hak pengguna termasuk isu penipuan produk dan jual-beli dicatatkan sepanjang tahun lalu dan jumlah itu dijangka meningkat tahun ini iaitu dianggarkan melebihi 30,000 aduan.Kes membabitkan penipuan syarikat jualan langsung termasuk sindiket gores dan menang adalah aduan paling tinggi diterima Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) sepanjang 2008 dengan mencatat 2,339 kes.

Ketua Eksekutif NCCC, Muhammad Sha’ani Abdullah, berkata kes membabitkan penipuan sindiket berkenaan diterima pihaknya hampir setiap hari termasuk berkaitan syarikat jualan langsung yang menawarkan alatan kelengkapan rumah.“Sindiket terbabit semakin bijak apabila berjaya memperdaya mangsa supaya membayar barangan dijanjikan sebagai hadiah dengan menggunakan kad kredit.

“Sebanyak 2,316 kes dilaporkan membabitkan pembelian rumah termasuk projek terbengkalai, wang pendahuluan tidak dikembalikan dan perjanjian insurans bersama bank tempatan,” katanya selepas merasmikan buku laporan tahunan pusat berkenaan, di sini, semalam.Katanya, pihaknya sering menerima aduan daripada pengguna membabitkan 24 kategori kes penipuan termasuk membabitkan perkhidmatan telekomunikasi, pengurusan perumahan serta produk di pasaran yang kurang bermutu serta tidak mempunyai jaminan.

Lima aduan berkenaan paling tinggi diterima NCCC hampir setiap hari dan ia menunjukkan orang ramai sudah mula sedar mengenai hak mereka sebagai pengguna yang bertanggungjawab.Ketika mengulas mengenai laporan diterima pusat berkenaan tahun ini, beliau berkata, terdapat peningkatan dalam kes yang dilaporkan dan dianggarkan lebih 30,000 kes sudah direkodkan sebelum penghujung tahun ini.“Peningkatan berkenaan bukan bermakna ia rekod buruk atau membuktikan penipuan makin berleluasa, sebaliknya menunjukkan masyarakat di negara ini sudah makin sedar mengenai hak mereka sebagai pengguna yang bijak,” katanya.

 Dalam perkembangan lain, NCCC menjadi ahli jaringan (CALO-Consumer Advisory Liaison Office) ICA-Net mewakili Malaysia untuk menerima aduan pengguna di Malaysia untuk disalurkan ke rakan CALO di negara penjual barangan di Internet termasuk di Eropah dan rantau Asia.Jaringan itu menjadikan CALO di negara penjual akan menyusul aduan ini yang diterima termasuk mengambil tindakan sekiranya berlaku penipuan dalam urusan jual-beli di Internet.

Melalui tindakan terbabit, halangan dari segi bahasa, jarak dan kemampuan tidak menjadi kekangan untuk pengguna mendapat keadilan.Pihak yang menggunakan saluran Internet akan semakin bertanggungjawab kerana tindakan dapat diambil di negara peniaga berpangkalan melalui pembangunan mekanisme pengendalian aduan transaksi e-dagang.

 

Last Updated on Tuesday, 05 January 2010 23:35