Harian Metro : Kad Kredit Print
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 16:55
myMetro
myMetro » Setempat4hb April 2009

Perangkap hutang

Oleh Mohd Azam Shah Yaacob
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

PETALING JAYA: Orang ramai khususnya pemegang kad kredit diminta berhati-hati berikutan peningkatan penyelewengan kad kredit yang dipercayai turut didalangi pihak bank.

Ini berikutan, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) mengesan ada antara pihak bank melanggar peraturan perbankan yang sudah ditetapkan dengan menawarkan pemilikan lebih dari satu kad kredit dalam memerangkap pengguna untuk berbelanja daripada jumlah termampu.

Ketua Eksekutifnya, Muhammad Sha’ani Abdullah, berkata pada tahun lalu, sebanyak 1,200 aduan diterima pihaknya membabitkan pihak bank terutamanya dalam urusan kad kredit.

Katanya, ada antara aduan itu membabitkan pengurusan pihak bank yang menjerat mangsa dengan meluluskan sehingga empat kad kredit kepada seseorang individu sehingga mangsa tidak mampu membayar hutang atau ansuran kad berkenaan.

“Kita melihat perkara ini sebagai satu masalah serius kerana jumlah aduan yang diterima sehingga kini adalah sangat tinggi.

“Malah, ada antara pengadu memberitahu mereka terjerat apabila pihak bank meluluskan empat pemilikan kad kredit pada satu masa bagi membolehkan mereka membeli barangan yang melebihi daripada jumlah had perbelanjaan dalam satu kad kredit yang dimiliki sebelum itu,” katanya dalam sidang akhbar mengenai pelanggaran garis panduan dan perbankan oleh pihak bank, di sini semalam.