| Harian Metro : Imbangi harga penuhi kehendak semua pihak |
|
| Written by Administrator |
| Monday, 14 September 2009 09:33 |
|
4 Oktober 2007
Rakyat sepatutnya memahami harga barangan kawalan perlu berubah mengikut keadaan semasa bagi memastikan ia ditetapkan pada kadar tidak terlalu tinggi supaya tidak membebankan pengguna atau terlalu rendah hingga merugikan pengeluar. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal, berkata kejayaan kerajaan menetapkan satu kadar yang seimbang antara pengguna dan pengeluar itulah yang dapat membendung kadar inflasi negara. "Jadi kita berusaha mengimbanginya supaya ia bukan saja dapat memenuhi kehendak pengguna, tetapi juga pengeluar," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa kementeriannya bersama media di sini, malam tadi. Majlis berbuka puasa itu turut dihadiri Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk S Veerasingam; Setiausaha Parlimen kementerian, Hoo Seong Chang; Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad, (NSTP), Datuk Syed Faisal Albar; Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail.
|
| Last Updated on Monday, 14 September 2009 09:34 |