Jika tidak inginkan cahaya yang terlalu terang di tempat-tempat tertentu, pilihlah mentol yang kurang kuasanya. Mentolnya 75 watt atau lampu kalimantang menggunakan 25% kurang tenaga elektrik berbanding dengan mentol 100 watt.
Bilik yang mempunyai warna dinding yang gelap akan menyerap lebih banyak cahaya. Ini akan menyebabkan bilik kelihatan lebih terang.
Letakkan lampu di sudut bilik. Ini lebih berkesan kerana lampu tersebut akan bertindak balas di kedua-dua sudut dinding.
Lampu kalimantang adalah empat kali lebih cerah daripada mentol bulat walaupun menggunakan watt yang sama.
Mentol mempunyai kuasa efisien lebih mahal, tetapi menjimatkan dari segi penggantian yang kurang dan lebih ekonomik pada jangka panjang.
Tutup lampu apabila keluar bilik.
Tukar lampu untuk kawasan luar rumah dengan lampu halogen.
Apabila mentol kotor, lapkan sehingga bersih. Jika tidak akan menyebabkan kos yang lebih tinggi.