FOMCA terima aduan kenaikan premium insurans Print
Monday, 04 July 2022 09:48

04 Julai 2022
SHAH ALAM - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) memaklumkan pihaknya menerima lebih 70 aduan daripada pengguna berhubung kenaikan premium insurans kenderaan.

Pengurus Kanan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Baskaran Sithamparam berkata, minimum kenaikan adalah sebanyak 10 peratus dan ia berbeza bagi setiap syarikat insurans.

“Memang kami ada terima aduan di mana peningkatan berlaku selepas penamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal Januari tahun ini.

“Kita tidak periksa berapa peratus kenaikan setiap syarikat (insurans) di luar sana, kami hanya merujuk kepada aduan yang diberikan kepada kami,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/209823/BERITA/Nasional/FOMCA-terima-aduan-kenaikan-premium-insurans?utm_source=telegram&utm_medium=link&utm_campaign=FOMCA+terima+aduan+kenaikan+premium+insurans