Consumer Alert - PERNAHKAH anda dipelawa menghadiri sesi-sesi taklimat, Print
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:37

NASIHAT PENGGUNA - 24/03/09

NCCC kini banyak menerima aduan berhubung aktiviti permasaran pakej perkhidmatan ataupun produk 'pelaburan' secara 'pressure selling' dengan mengumpan bakal pelanggan dengan pelbagai tawaran hadiah.

Modus operandi adalah pelanggan yang tertarik dengan tawaran hadiah akan di'paksa' menandatangani pakej perkhidmatan bernilai ribuan ringgit hingga ke puluhan ribu ringgit dengan pembayaran melalui kad kredit.

 

Pelanggan yang tiada kad kredit digesa dan dibantu memohon kad kredit sehingga tiga ke empat kad kredit untuk menampung nilai bayaran yang dikenakan. Anda merasakan ia tidak mungkin! NCCC telah menerima banyak aduan dari mangsa-mangsa yang menghadapi masalah untuk melunaskan bayaran bulanan kad kredit.

PERNAHKAH anda dipelawa menghadiri sesi-sesi taklimat,

    * Pelaburan membela lembu tenusu
    * Pelaburan membela ikan keli dalam sangkar kanvas
    * Pelaburan membela lintah
    * Pelaburan kiosk menjual air minuman (drinking water dispenser kiosk)
    * Pelaburan mesin menjual tambah-nilai kredit telefon bimbit
    * Perawatan masalah rambut
    * Perawatan kelangsingan
    * Perawatan pencerahan kulit/muka
    * Ceramah kesihatan di hospital swasta
    * Pakej percutian di resort peranginan

Lazimnya taklimat ini akan diadakan tanpa menyediakan sebarang maklumat bercetak dan pelanggan akan didesak untuk membuat keputusan pada masa itu juga dengan alasan bahawa tawaran berkenaan sah pada sesi berkenaan sahaja. Pelbagai helah akan diberikan untuk menggambarkan peluang akan hilang pada sesi akan datang kerana semakin ramai berebut untuk menyertai program tersebut.

Bagi kegiatan perawatan sering pelanggan akan diminta kad kredit untuk disemak nilai kredit yang baki tetapi semasa pelanggan enggan bersetuju untuk melanggan pakej rawatan yang ditawarkan barulah dimaklumkan bahawa tuanpunya salun telahpun kenakan bayaran pada kad kredit. Keadaan ini 'memaksa' pelanggan untuk menandatangani perjanjian yang sajikan untuk melepaskan diri dari keadaan yang mengancam.

Bagi ceramah kesihatan,  pelanggan didesak untuk melanggan pakej ujian kesihatan berkala (medical check-up) bagi tempoh 5 tahun dengan alasan bahawa ia murah walaupun pelanggan berumur kurang daripada 30 tahun dan dengan menimbulkan kegusaran tentang kos rawatan jika ditimpa pelbagai masalah kesihatan.

Pakej percutian ataupun pakej 'Time-share' dijual dengan menjanjikan pelbagai ciri kelebihan dan manfaat faedah pelaburan yang tidak dapat dirai oleh peserta menjadi ahli program ini. Juga perkhidmatan ataupun kemudahan yang disediakan tidak memberi kepuasan yang diharapkan oleh pelanggan yang telah melabur puluhan ribu ringgit.

Bagaimana mendapatkan 'refund'?

Pengguna yang menyedari diperdaya oleh pengusaha tersebut MESTI bertindak SEGERA untuk mendapatkan semula bayaran yang dikenakan. Oleh kerana bayaran dibuat menggunakan kad kredit, pengguna harus menulis surat kepada peniaga/pedagang (Merchant) untuk mengembalikan bayaran tersebut dengan menyatakan kejadian dari mula hingga akhir untuk menonjolkan urusniaga bayaran berlaku dengan unsur tidak berpatutan seperti helah perdayaan. Surat itu harus diber salinan kepada (cc) Pengarah, Bahagian Pengkuatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Bank yang keluarkan kad kredit, Bank yang menyediakan kemudahan pedagang)Merchant Facility) dari slip yang ditandatangani dan NCCC. Pastikan maklumat transaksi mencukupi untuk pihak bank dapat bertindak segera menyekat transaksi

Tindakan ini harus dibuat dengan segera supaya bayaran dapat disekat untuk mengelakkan kesukaran untuk mendapatkan bayaran dari pedagang.

Ketua Eksekutif
NCCC
24/03/2009

Last Updated on Thursday, 14 January 2010 05:02