Salam sejahtera, Print
Written by Administrator   
Wednesday, 14 September 2011 22:26

Nama saya Nurhazalina Hakim, telah menghantar borang e aduan kepada NCCC pada 4 Julai 2011 lebih kurang jam 4.00 petang berkenaan caj perkhidmatan telefon TELEKOM. Pada 7 Julai 2011, jam 12.25 tengahari,wakil TM telah menelefon saya dan bersetuju untuk memberikan pelepasan caj sebanyak RM 368.35.

saya terhutang budi kepada NCCC dan berharap agar usaha murni untuk melindungi pengguna dapat diteruskan pada masa akan datang. jika NCCC tidak masuk campur dalam usaha tuntutan saya, mungkin sehingga ke hari ini masalah tidak akan selesai.

Terima kasih dan tindakan pantas NCCC wajar diberi pujian 5 bintang!

Hazalina Hakim