Mengucapkan ribuan terima kasih Print
Written by Administrator   
Friday, 15 April 2011 16:10

Kepada pegawai NCCC, saya telah menerima salinan surat daripada pihak NCCC mengenai aduan yang telah saya buat. Sukacita ingin saya maklumkan bahawa pihak london weight management cawangan puchong telah mengembalikan semula wang RM 5500 saya seperti yang dituntut kerana saya telah disahkan oleh pegawai perubatan mengenai penyakit kronik yang saya hadapi. Dengan ini kes ini dianggap telah selesai. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak NCCC kerana telah mengemukakan aduan saya kepada pihak london weight management dan mereka telah mengembalikan wang saya dengan kadar yang segera pada 30/3/2011.

Sekian terima kasih
DINI RAHIAH KADIR