PUSAT PERODUA - SIKAP TIDAK BERHATI-HATI MEKANIK Print
Written by Administrator   
Tuesday, 10 May 2011 05:40

“Kereta produa myvi yang baru saya beli telah dihantar untuk servis kali pertama di pusat perodua pada kira-kira jam 4.00 petang.

Proses servis mengambil masa 1 jam 30 minit. Selepas selesai servis, dalam perjalanan pulang, kereta saya mati enjin di depan lampu isyarat.

Dalam keadaan lalu lintas yang sibuk, kereta saya menghalang lalu lintas dan menyebabkan diri saya cemas.

Selepas 20 minit, dengan bantuan orang awam, didapati wayar pada bateri yang dibuka oleh mekanik di pusat servis perodua tidak dipasang balik dengan ketat menyebabkannya tertanggal dalam perjalanan.

 

Saya  amat tidak berpuas hati dengan sikap tidak berhati-hati mekanik kerana ini mungkin boleh mengakibatkan kemalangan yang tidak diingini.”

Nasihat NCCC

Seksyen 53 Akta Pelindungan Pengguna 1999, jika perkhidmatan dibekalkan kepada pengguna maka perkhidmatan tersebut hendaklah dijalankan dengan ketelitian dan kemahiran yang munasabah.  Jika gagal, mengikut Seksyen 57 akta yang sama pengguna mempunyai hak tebus rugi terhadap pembekal perkhidmatan.

Deivigarani Krishna
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Last Updated on Tuesday, 10 May 2011 05:42