Celcom Print
Written by Administrator   
Tuesday, 14 June 2011 00:14

Saya menerima 2 sms pihak ketiga ke telefon bimbit saya. Setiap sms saya dikenakan bayaran rm8. Bila saya membuat aduan kepada celcom careline, agen memberitahu saya tiada apa yang boleh mereka lakukan kecuali 'blok' nombor itu daripada menghantar sms kepada saya. Tapi saya masih dikenakan bayaran RM16 itu.

Saya rasa yang saya telah DIROMPAK dan celcom hanya membiarkannya dan tidak mahu membantu, kerana mereka itu adalah 'pihak ketiga'. Bukan pihak ketiga itu harus mendaftar dengan celcom sebelum mereka menghantar sms kepada pelanggan celcom.
Seolah-olah celcom mendapat faedah daripada 'ROMPAKAN' ini dan saya rasa bukan saya sahaja yang dapat sms ini. Kaedah penipuan ini adalah TIDAK BERETIKA dan celcom membenarkannya. Dimanakah hak kami sebagai pengguna untuk tidak menerima sms sebegini.

Saya tahu jumlahnya tidak besar, hanyalah rm16 tetapi cuba bayangkan kalau sms itu dihantar 3x sehari. Seingat saya dulu ianya bermula sbg rm0.50 dan sekarang rm8!! Saya menelefon celcom 4x pada 06mei2011 dan kesemua agen celcom yang bercakap dengan saya mengatakan mereka tidak tahu apa-apa!! Atau apa-apa cara untuk menghalang perkara ini daripada berlaku.

Walaupun perbualan dirakam, mereka macam tidak peduli kerana pada mereka itu bukan masalah peribadi mereka. Saya bukan sahaja bercakap bagi pihak saya tetapi bagi mereka semua yang 'terkena'.

Untuk pengetahuan pihak tuan, kami telah melanggan talian celcom lebih kurang 18 tahun.

Nasihat NCCC:  Bayaran Rm 16.00 Ringgit adalah untuk SMS Spam , penggadu ada hak untuk membuat aduan dan boleh membuat tuntutan.