| Aduan : Penipuan Hadiah Peraduan |
|
| Written by Administrator |
| Thursday, 10 September 2009 15:29 |
|
Isteri saya bernama halizah bt mahfar telah terpilih memenangi hadiah sagu hati melalui penyertaan sabun serbuk jenama puteri emas dan nama tersebut disiarkan didalam majalah seri dewi & keluarga (keluaran Karangkraf).Hari ini kami menerima sekeping surat menyatakan hadiah saguhati bernilai RM23000. Kami diminta memasukkan duit RM1100 sebagai kos tambang dan jaminan 5 thn ke akaun mohd asri b. salleh (BSN) dgn no. akauan 14185-29-000060350. Saya melihat kembali iklan peraduan menyatakan hadiah utama hanyalah RM1000.00 + RM100 hamper. Adakah benar syarikat ini wujud dan syarikat ini tiada dalam senarai di suruhanjaya syarikat malaysia. saya diminta memasukkan duit tersebut sebelum 12 Februari 08 dan hadiah tersebut akan sampai pada 16 Februari 08. Nasihat NCCC : Pengguna dinasihatkan agar berwaspada dan tidak terperangkap dengan janji yang ditaburkan oleh orang yang tidak dikenali. Pihak NCCC mengucapkan tahniah kepada pengadu kerana telah mengambil langkah untuk menyiasat kesahihan hadiah yang ditawarkan. 12 Februari 2008
|
| Last Updated on Thursday, 10 September 2009 15:31 |