Pembelian secara online catat kes penipuan paling tinggi pada 2015 Print
Friday, 25 March 2016 11:00

24/03/2016 2:05pm

PETALING JAYA - Penipuan pembelian menerusi talian (online) mencatat kes paling tinggi melibatkan pengguna-pengguna di Malaysia berbanding dengan kes-kes lain bagi tahun 2015.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof Datuk Dr. Marimuthu Nadason berkata, pihaknya telah menerima sebanyak 7,692 aduan mengenai penipuan online tersebut dengan membabitkan kerugian berjumlah lebih RM4.9 juta.

"Antara aduan yang kami terima daripada pengguna yang membeli secara online ini ialah penipuan dalam segi kualiti, produk barangan dan juga urusan penghantaran," katanya dalam sidang akhbar mengenai Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia (HPM) 2016 di pejabat FOMCA di sini, sebentar tadi.

Kes-kes penipuan lain yang melibatkan kerugian tertinggi ialah sektor automobil (RM81 juta, 3,768 aduan), sektor perbankan dan kewangan (RM31.3 juta, 1500 aduan), perkhidmatan kewangan bukan konvensional (RM25.9 juta, 708 aduan), perumahan (RM21.6 juta, 1,704 aduan) dan pelancongan (RM13.3 juta, 3,468 aduan). - K! ONLINE

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0324&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_11.htm#ixzz43scSgHBm
Hakcipta terpelihara-