Pelanggan Rugi Hampir RM70 Juta Akibat Produk dan Perkhidmatan Tidak Memuaskan Print
Tuesday, 06 October 2015 08:22

KUALA LUMPUR - Pelanggan kerugian hampir RM70 juta berikutan produk dan perkhidmatan yang tidak memuaskan hati sepanjang tahun lepas.

Pengerusi Pusat Khidmat Aduan Pengguna Kebangsaan, Datuk Dr. N. Marimuthu berkata, pusat itu menerima 41,531 aduan membabitkan kerugian berjumlah RM68,324,100.

"Jumlah aduan meningkat 28 peratus daripada 2009 (32,369), dengan jumlah tertinggi (7,641) datang daripada sektor e-dagang (beli belah melalui online)," katanya pada pelancaran Laporan Tahunan NCCC 2014 di sini hari ini.

 

Laporan itu mengandungi analisis dan ulasan mengenai kesemua aduan yang diterima daripada 22 sektor.

Ia juga membuat cadangan untuk kepuasan pelanggan dan perakuan bagi amalan perniagaan yang beretika.

Marimuthu, yang juga presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berkata, e-dagang merupakan satu perniagaan yang berkembang pesat dengan permintaan yang semakin meningkat bagi produk murah dan mudah diakses namun para pelanggan perlu lebih berhati-hati apabila membeli melalui online. - Bernama

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1005&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_31.htm#ixzz3nk6eUXUL
Hakcipta terpelihara-