Complaints - SMS SCAM MASIH BERLELUASA DAN MASIH MENJADI UMPAN KEUNTUNGAN NASIHAT PENGGUNA UNTUK PENGGUNA Print
Friday, 16 April 2010 04:24

Saya telah menerima sms dari S… bertarikh 5 April 2010 yang berbunyi "Shell tahniah anda telah berjaya mmnangi hadiah wang tunai dr shell. Sila hub office talian 0135471489" penghantar SHELL.

Pada mulanya saya buat tak kisah sahaja sebab saya selalu mendengar cerita mengenai penipuan sms sudah banyak. Tetapi apabila saya tunjuk sms kepada kawan mereka kata betul.  Mereka menyuruh saya hubungi nombor yang diberi.


Saya pun mula terpengaruh sebab saya pernah mengisi minyak di Shell sebanyak RM 30 dan diberi satu borang peraduan, saya pula pernah mengisi borang itu entah berapa borang saya pun tak ingat. Jadi saya ingat yang menang itu adalah peraduan ini . Saya pun cuba hubungi kali pertama saya gagal kali kedua saya kontek berjaya. Saya diucap tahniah oleh penerima telefon itu.

Penerima itu pun bercerita malam tadi mereka adakan cabutan bertuah dan saya yang terpilih akan menerima wang tunai RM 10 000. Ia kata akan diberi dalam bentuk wang tunai.

Dia tanya saya ada akaun bank ke tak dan bank mana? Saya kata ada. Tapi saya tak berani bagi no akaun bank sebab banyak penipuan telah berlaku. Dia kata bukan nak minta nombor akaun bank. Saya kata saya guna CIMB.

Lepas tu dia tanya ada kad ATM tak?. Saya kata ada dan dia   minta saya pergi ke ATM. Saya kata sekarang dalam masa kerja saya tak boleh keluar, dia kata  bagi masa bila boleh pergi dan semasa berada di depan mesin ATM hubungi dia.Dia perkenal namanya pada saya sebagai EN HAIDAR. Apabila hubungi nanti bercakap dengan EN HAIDAR.Saya pun berjanji akan pergi ke CIMB pada pukul 1.45 tengahari.

Sebagaimana yang dijanjikan saya pun ke CIMB depan ATM tepat 1.45 tengah hari dan menelefon EN Haidar tetapi tak berjawab. Saya cuba 3 kali tetapi tak berjawab.Saya pun bejalan-jalan ke sekitar kedai berhampiran bank. Tiba-tiba En haidar menelefon saya supaya pergi ke CIMB dan duduk di depan ATM. Apabila berada di depan ATM saya pun menelefon En Haidar dia menyuruh saya masukkan kad ATM dan ikut apa yang dia cakap. Masa itu baki dalam akaun saya ada RM 1 800.00. 

Dia bertanya baki kepada saya, tanpa ada perasaan syak wasangka saya pun memberitahu baki akaun saya. Saya ikut apa yang disuruh dan sampai pada satu arahan “pindahkan” dia suruh saya tekan pindahkan, saya kata bukan saya nak pindahkan wang saya.

Bila saya kata begitu dia kata “oh! Sory tersilap dia suruh saya keluarkan kad semula. Saya pun keluarkan kad dan ikut apa yang disuruh. Kali ini dia suruh saya tekan macam-macam sampai saya pun tak ingat. Yang saya ingat dia suruh tekan CIMB clik dan masuk no xxxxx, lepas saya tekan keluar resit dia minta nombor pada resit itu REF NO xxxx .Saya bagi nombor itu, dia minta pulak no yang ada pada kad ATM saya .Saya pun beri. Dia beritahu transaksi akan berlaku dalam masa 30 minit. Lepas 30 minit saya boleh cek baki pada mesin ATM. Saya keluar dari bank dengan rasa yang tidak kena.

Saya berpatah balik ke CIMB dan bertanya kepada kerani di situ adakah saya boleh minta pihak bank tolong blok pengeluaran akaun saya. Saya rasa macam saya sudah ditipu. Saya cukup berterima kasih kepada kerani CIMB yang cukup memahami saya. Dia memasuki data saya tetapi malangnya sebab buku akaun saya dibuka mula-mula pada cawangan lain dia tak dapat nak blok akaun saya.Sekali lagi kerani tu cuba untuk menambah nilai pengeluaran pada ATM tetapi tak berjaya kerana masa buat buku akaun dulu saya guna no k/p yang lama. Masalahnya saya tidak membawa buku bank untuk mengeluarkan semua duit baki saya. Sebelum saya ke bank saya telah menghubungi suami saya. Suami saya menasihat supaya mengeluarkan semua baki wang  yang ada..

Sebelum saya menelefon EN HAIDAR saya telah mengeluarkan baki wang saya dan baki yang tinggal tu menyebabkan saya jadi gelabah takut kehilangan kesemua.Untuk mengeluar wang guna kad ATM tak boleh, jadi saya pun bergegas ke rumah balik ambil buku bank dan terus mengeluarkan wang yang masih berbaki itu. Selepas mengambil wang saya pulang ke rumah dan En Haidar menelefon suruh pergi tengok baki.

Saya pun pergi semula ke ATM dan menelefon EN HAIDAR dia tanya ada ke tidak duit RM 10000 dalam baki. Saya kata tak ada ,dia kata kita buat transaksi sekali lagi kerana yang dibuat tadi tidak berjaya. dia tanya ada baki berapa? Dengan jujur saya menjawab RM 15.00 Dia tak tahu yang saya telah keluarkan kesemua wang saya selepas saya berurusan dengannya. EN HAIDAR nampak terkejut dan menaikkan suara. “Tadi kan ada RM 1 800.00” saya mengulang beberapa kali ada RM15.00 sahaja. Di hujung talian saya mendengar ada banyak suara yang berkata-kata. Saya pun mula sangsi, dan terus berkata awak tipu saya, saya  tak mau dah duit tu awak bagi saja pada orang lain. En Haidar masih mahu bercakap lagi tapi saya terus menutup telefon. Beberapa minit kemudian saya menghubungi semula EN HAIDAR dan meminta dia menelefon saya semula, rupanya yang menjawab itu ialah EN HAIDAR tetapi dia tidak menghubungi saya sampai sekarang.

Bukan apa jika dia menghubungi saya , saya nak beri ceramah sakan kat dia. Apapun mudah-mudahan Allah membuka pintu hatinya untuk tidak menipu orang lain lagi selepas saya, dan semoga dia kembali kepangkal jalan.  Saya  menulis ini sebagai peringatan kepada semua agar jangan mudah terpedaya dengan sms yang dikirim kepada kita dan sebelum bertindak sesuatu bertanyalah dulu kepada waris kita sama ada  suami atau ibu bapa kerana mereka lebih berfikiran rasional. Saya bersyukur kerana kehilangan RM 40 sahaja duit telefon kerana berhubung dengan En HAIDAR. Saya sempat menyelamatkan RM 1 800.00 wang milik saya atas nasihat suami saya.