SAYA TELAH DICAJ SEBANYAK RM109 Print
Thursday, 12 May 2011 05:28

Pada bil bulan april 2011 saya mendapati ada satu bahagian bil yang bertulis “SMS MUAT TURUN – TERIMA” yang tidak memuaskan hati saya. Sepanjang saya menggunakan postpaid celcom, saya tidak pernah menggunakan sms muat turun, memang saya ada menerima pelawaan daripada nombor-nombor yang tidak saya kenali untuk mengikuti laman-laman web tersebut, tetapi saya tidak pernah mengendahkannya dan setiap kali sms masuk ke nombor saya, saya terus menekan butang “DELETE”. Pada bahagian tersebut caj yang dikenakan pada 1sms = RM3 hingga RM4 dan hasilnya untuk itu, saya telah dicaj sebanyak RM109. Nombor yang telah menghantar sms tersebut, jika mengikut dalam bil adalah : 39979 & 32530.

Saya berharap pihak tuan dapat menyiasat perkara ini kerana saya rasa tertipu dan keliru dengan kejadian ini. Mengapa saya harus membayar atas apa yang tidak saya gunakan. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya juga tidak pernah mendaftarkan nombor ini untuk sebarang urusan yang berkaitan dengan “on-line”.

NASIHAT NCCC
Sejak kebelakangan ini ramai pengguna telah dicaj untuk SMS spam. Pengguna perlu meneliti bil telefon bimbit setiap bulan untuk memastikan tiada caj berlebihan dikenakan untuk servis yang tidak diguna. Jika terdapat caj berlebihan dikenakan pengguna perlu menghubungi syarikat telekomunikasi dengan segera.

Deivigarani Krishna
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)