Friday, 19 Apr 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2007 Consumer International Mengumumkan Pemenang Anugerah Produk Terburuk Antarabangsa
Consumer International Mengumumkan Pemenang Anugerah Produk Terburuk Antarabangsa PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 17:37

CONSUMERS INTERNATIONAL MENGUMUMKAN PEMENANG ANUGERAH PRODUK TERBURUK ANTARABANGSA 2007

Consumer International (CI), yang merupakan persekutuan persatuan pengguna antarabangsa yang dianggotai oleh 220 persatuan pengguna di 115 buah negara, telah mengumumkan pemenang anugerah produk terburuk antarabangsa. Pengumuman tersebut dibuat bersempena dengan Kongres Dunia Consumer International, di Sydney, Australia, yang berlangsung pada 29 Oktober 2007 sehingga 1 November 2007.

Anugerah ini bertujuan untuk mendedahkan syarikat multinasional yang gagal melaksanakan tanggungjawab sosialnya serta menyalahgunakan keyakinan para pengguna yang diberikan oleh badan pengiktirafan jenama antarabangsa. Pengumuman tersebut dibuat di hadapan 400 orang perwakilan yang terdiri daripada persatuan pengguna dan perwakilan agensi kerajaan dari seluruh dunia. FOMCA yang merupakan ahli gabungan CI, turut hadir dalam Kongres Dunia tersebut.

Pemenang bagi Anugerah Produk Terburuk Antarabangsa bagi tahun 2007 ialah :

  • Coca-Cola - masih meneruskan penjualan air minuman dalam botol berjenama "Dasani" di peringkat antarabangsa, walaupun mengakui bahawa sumber air minuman tersebut sebenarnya daripada air paip.
  • Kellogg's - menggunakan karakter kartun dan produk yang disasarkan kepada kanak-kanak dalam memasarkan produk keluarannya mengandungi kadar gula dan garam yang tinggi.
  • Mattel -  kerana cuba menghalang penyiasatan kongres Amerika serta mengelak daripada bertanggungjawab terhadap penarikan balik 21 juta produknya di seluruh dunia.

Pemenang keseluruhan :

Takeda Pharmaceuticals - mengambil peluang daripada peraturan di Amerika Syarikat yang lemah. Syarikat ini mengiklankan produk pil tidur untuk kanak-kanak, walaupun telah terdapat amaran kesihatan penggunaan pediatrik.

Menurut Richard Llyod, Ketua Pengarah Consumers International, "Syarikat multinasional ini merupakan pengeluar produk berjenama global. Mereka sewajarnya bersikap jujur, boleh dipertanggungjawabkan dan bertanggungjawab. Dengan mendedahkan keburukan produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini, Consumers International serta 220 ahlinya inginkan meletakkan tanggungjawab kepada syarikat kerana mengeluarkan produk yang membahayakan pengguna, serta mendesak sektor perniagaan agar serius dalam menjalankan tanggungjawab sosialnya."

Anugerah Produk Terburuk Antarabangsa ini berdasarkan kepada pencalonan yang dibuat oleh ahli-ahli CI. Empat pemenang, termasuk pemenang keseluruhan, dipilih oleh Sekretariat CI. Empat pemenang, termasuk pemenang keseluruhan, dipilih oleh Sekretariat CI. Kriteria pemilihan peringkat akhir berdasarkan kepada saiz syarikat, penjualan dan pemasaran peringkat global, kesan terus kepada pengguna dan potensi perubahan tindakan oleh syarikat.