Berwaspada Bayaran Melalui Talian. |
|
|
|
Wednesday, 12 October 2011 04:08 |
Saya telah difahamkan agent insuran kenderaan saya bahawa kenderaan saya tidak dapat diperbaharui roadtax akibat ada saman yang tidak dijelaskan. Saya bekerja sebagai auditor yang tidak mempunyai masa untuk bergerak dalam waktu operasi kerajaan.
Saya mengambil keputusan untuk membayar saman PDRM melalui rilek.my yang mempunyai slogan RANGKAIAN INTERAKTIF LAMAN ELEKTRONIK KERAJAAN. Saya membayar saman saya melalui cimb klik sejumlah Rm 150.00 dan Rm 2.00 adalah caj perkhidmatan.
Setelah pembayaran saya disahkan melalui laman web rilik.com bahawa saya tiada lagi saman yang masih belum dijelaskan. Pada 11 July agent saya telah pergi untuk menyelesaikan isu roadtax tetapi gagal kerana masih ada lagi saman tertunggak.
|
Read more...
|
SAYA TELAH DITIPU OLEH KUMPULAN CELCOM |
|
|
|
Wednesday, 14 September 2011 22:25 |
KES 1 Selepas turun dari monorel, saya didatangi oleh sekumpulan pekerja Celcom. Mereka telah memberi saya simcard Celcom (prepaid) dan mengatakan simcard itu diberi secara percuma kepada saya, malahan didalamnya terdapat RM50 jumlah kredit, sebelum itu saya dikehendaki memberi salinan kad pengenalan. Selepas pulang ke rumah, saya cuba untuk mengaktifkan simcard tersebut. Sebelum itu, saya terlebih dahulu menelefon ke Celcom careline untuk memastikan bahawa simcard tersebut adalah postpaid atau prepaid. Operator itu memberitahu saya bahawa simcard itu adalah postpaid.
Selepas mengetahui simcard itu adalah postpaid, saya terus tidak menggunakan simcard terbabit dan saya sedar saya telah ditipu oleh kumpulan celcom terbabit. Selepas sebulan, bil telah sampai ke rumah saya berjumlah RM74.00. Saya terus menelefon celcom careline untuk penjelasan lanjut kerana saya langsung tidak menggunakan nombor tersebut, malahan selepas tinjauan dibuat pihak celcom sendiri memberitahu saya bahawa tiada langsung call-out dibuat dari nombor itu. Jadi kenapa saya perlu membayar sejumlah RM74.00 sedangkan saya langsung tidak menggunakan nombor tersebut. Setelah tidak berpuas hati dan geram, saya mengarahkan pihak celcom untuk batal nombor terbabit. Selepas sebulan,saya masih lagi menerima bil sebanyak RM40.15. Pihak Celcom juga menelefon dan menghantar SMS kepada saya supaya membayar semua bil terbabit dan jika saya enggan membayar tindakan akan diambil.
|
Read more...
|
Wednesday, 13 July 2011 22:05 |
I went to one of Hypermarket for shopping & was approached by a nice sweet talking young girl promoting item from the above outlet. She told me that it was just for trial & no selling –just get a reflexology for my foot.
Upon being seated she did a demo on the foot massager & explained did a lot of explanation on how good & beneficial that item was. She also told me that upon purchase (RM 1690.00) I‘ll be given 2 items free.
|
Read more...
|
Saturday, 09 July 2011 04:50 |
Pada Jam 5.00pm. Saya membeli sebungkus Roti Cream yang berharaga RM 0.60. Selepas itu saya membuka plastic dan mengigit roti tersebut, tiba-tiba saya dapat merasa gigitan saya itu terkena sesuatu yang keras, lalu saya membuka luas roti tersebut mendapati sebatang besi. Saya terus ke kedai tersebut dan bertanya pada pekerja disitu dan mereka juga tidak tahu bagaimana ini berlaku. Ini lah aduan saya.
|
Read more...
|
|
|
|
Page 10 of 21 |