Warranty / Jaminan Print
Tuesday, 07 November 2017 09:53

Bolehkah tuntutan ganti rugi dibuat sekiranya tiada kad waranty

  • Di Malaysia, remedi bagi barangan yang rosak didapati dalam Akta Jualan Barangan 1957 ("SOGA") dan Akta Perlindungan Pengguna 1999 ("CPA").

  • Bahagian V dan VI (Seksyen 30 hingga 49) CPA mengandungi peruntukan yang memberikan jaminan tersirat berkenaan dengan barang pengguna dan menetapkan remedi yang tersedia kepada pengguna jika barangan tersebut tidak mematuhi mana-mana jaminan yang tersirat.

  • Dalam undang-undang Malaysia, semua produk pengguna mempunyai jaminan secara automatik tanpa ditulis secara lisan. Jaminan ini disebut sebagai implied warranty. Maksudnya semua produk pengguna yang dijual di negara ini perlu mempunyai kualiti yang berpatutan. Pengeluar, Pembuat dan Pengedar perlu memastikan produk yang dijual berkualiti dan boleh digunakan pada jangka masa yang munasabah.

  • Sekiranya pengedar dan pengeluar menafikan hak pengguna untuk menuntut pembaikan atau penggantian, tuan/puan boleh membuat aduan kepada NCCC atau boleh membawa kes ini ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.

 

SHABANA NASEER