Friday, 29 Mar 2024
You are here: Home
Error
  • Error loading feed data.
Langkah PTPTN beri kelegaan PDF Print E-mail
Wednesday, 29 August 2012 02:15

Ansuran PTPTN RM50 Langkah beri Kelegaan.


Kuala Lumpur : Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi  Nasional (PTPTN) yang masih manganggur dan yang menerima gaji rendah,kini boleh menarik nafas lega apabila agensi itu kini membenarkan bayaran balik serendah RM50 sebulan. Berikut adalah pendapat orang ramai.

 

“Langkah terbaru agensi terbabit adalah pendekatan baik bagi menyelesaikan masalah pembayaran balik pinjaman memandangkan tidak semua graduan mendapat pekerjaan pekerjaan tetap selepas tamat pengajian. Berita ini cukup menggembirakan dan semua pelajar patut berterima kasih atas usaha PTPTN menbantu meringankan beban peminjam sekali gus mengelak nama disenaraihitamkan akibat masalah pembayaran lewat. Saya belum menjelaskan lagi pinjaman  sejak tamat pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) setahun lalu kerana belum mendapat pekerjaan. Selepas ini, saya tidak perlu menangguhkan bayaran pinjaman kerana mendapati kadar baru ini berpatutan dan bercadang membuat bayaran yang lebih tinggi apabila mendapat pekerjaan tetap nanti.”

Rechel  Lidia Jinimi, 25 tahun, 
Bekas Pelajar  Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan

 

“Langkah terbaru agensi itu telah memberi peluang kepada peminjam yang disenaraihitamkan untuk menjelaskan pinjaman mereka setiap bulan.  Selepas tamat pengajian pada 2006,saya hanya mampu membayar balik pinjaman sebanyak RM50 setiap bulan kerana hanya bekerja sebagai jurujual sambilan menyebabkan nama saya disenaraihitamkan PTPTN. PTPTN sepatutnya pendekatan itu sejak dulu lagi bagi mengelak peminjam yang belum mempunyai kewangan stabil dikenakan tindakan tegas agensi berkenaan.


Norshafiq Shahar, 28 tahun, 
Pembantu Jurutera


“Usaha PTPTN itu langkah cukup baik kerana saya juga pernah menghadapi masalah menjelaskan pinjaman selepas tamat pengajiannya tiga tahun lalu. Sebaik menerima notis peringatan saya hanya  mampu membayar RM100, itu pun apabila ada wang mencukupi kerana belum bekerja. Saya tidak pernah meminta bantuan ayah membantu menjelaskan pinjaman itu kerana tidak mahu membebankan dia. “

Bibiana Akong , 26 tahun, Guru


Sumber : Harian Metro 25 Ogos 2012 (telah diubahsuaikan)