Friday, 29 Mar 2024
You are here: Home
Error
  • Error loading feed data.
TIPS MENGENAL SKIM PENIPUAN PDF Print E-mail
Tuesday, 28 August 2012 23:03

TIPS MENGENAL SKIM PENIPUAN

 

Minimumkan risiko kehilangan wang simpanan anda dengan mengetahui pelbagai jenis pelaburan tidak sah di sisi undang-undang yang terdapat dalam masyarakat kini. Beberapa ciri dan janji yang umumnya ada dalam sesuatu skim penipuan. Setiap pelaburan yang dibuat, anda menerima pulangan yang tinggi, umpamanya, 20-30% sebulan bagi setiap bulan. Anda tidak diajar mempromosikan produk yang kononnya berkualiti yang perlu anda jual, sebaliknya lebih menitikberatkan tentang komisen yang akan dibayar mengikut bilangan orang yang anda latih atau bawa masuk sebagai ahli. Anda diberitahu bahawa tawaran itu hanya untuk tempoh terhad dan anda MESTI membelikannya sekarang serta anda tidak akan dihubungi lagi jika tidak membuat keputusan serta-merta.

 

Anda dimaklumkan bahawa anda telah memenangi hadiah dan anda diminta memasukkan wang ke dalam bank asing dalam mata wang asing tetapi anda tidak pernah berurusan dengan syarikat asing tersebut. Anda menerima panggilan telefon menawarkan peluang-peluang pelaburan dan anda sendiri tidak tahu bagaimana syarikat itu mendapat nombor telefon anda.Anda menerima e-mel yang meminta nombor akaun anda kerana mereka mahu menghantar wang kepada anda, berjumlah berjuta-juta dolar Amerika dari negara asing. Ini sebenarnya bukanlah satu bentuk skim penipuan pelaburan, tetapi tetap satu lagi skim penipuan yang popular.Anda ditawarkan satu produk pelaburan yang menjamin keuntungan besar tanpa sebarang risiko kewangan. Anda diminta melabur dalam satu skim pelaburan.

Alamat dan maklumat perhubungan syarikat pelaburan yang menawarkan keuntungan besar kepada anda itu terletak di sebuah negara asing yang anda tidak dapat pastikan di mana kedudukan sebenar syarikat itu. Anda didatangi oleh seseorang yang mengaku sebagai ejen bagi syarikat dagangan asing yang beribu pejabat di luar negara untuk berdagang dalam indeks asing (contohnya, indeks Hang Seng),komoditi (contohnya kopi) atau mata wang asing (contohnyaAS$, Yen dsb) tetapi anda perlu mendepositkan sejumlah wang dalam mata wang asing sebagai “margin”, sebelum sesuatu urus niaga boleh dilakukan. Sukar  untuk menemui sebarang maklumat mengenai lesen atau kewujudan syarikat itu dalam laman web mana-mana pihak pengawal selia atau pihak berkuasa yang berkenaan. Anda dihubungi oleh syarikat yang menawarkan pakej percutian kepada anda tetapi anda perlu hadir ke syarikat terbabit untuk mendengar taklimat terlebih dahulu dan kemudiannya dipujuk menyertai sesuatu pakej.