Friday, 29 Mar 2024
You are here: Home
Error
  • Error loading feed data.
Promosi hebat, liputan lembap PDF Print E-mail
Thursday, 02 June 2016 11:15


Kuala lumpur:
Langganan perkhidmatan jalur lebar yang dipromosikan oleh sebuah syarikat telekomunikasi di Negara ini tidak memuaskan hati Farid.

Ini kerana liputannya tidak memuaskan seperti yang dipromosikan di dalam iklan. Kecewa kerana terpaksa membayar sejumlah wang setiap bulan untuk perkhidmatan kurang memuaskan membuatkan kerani berusia 25 tahun itu menghubungi syarikat berkenaan untuk menghentikan langganan.

“Sudah  beberapa kali saya menghubungi syarikat berkenaan supaya menghentikan langganan itu namun tiada maklum balas. “Kini syarikat itu pula memasukkan nama saya di CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) kerana kononnya gagal menjelaskan bayaran langganan,” Katanya.

Sehubungan itu, Farid berkata, dia meminta rakaman percakapan daripada syarikat berkenaan namun juga tidak dilayan. Menurutnya, dia akhirnya membuat aduan kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC). “NCCC Sudah menghantar aduan itu kepada syarikat penyedia perkhidmatan untuk tindakan selanjutnya. “Tidak lama kemudian, pihak syarikat memaklumkan mereka sudah menghantar e-mel  mengandungi surat pelepasan daripada senarai CTOS.

“Akaun akhirnya ditutup secara rasmi pada 29 April lalu dan ia benar-benar melegakan saya,” katanya.

Sumber- Metro Ahad - 15/5/16