Aduan Penipuan Online Tertinggi Print
Tuesday, 06 October 2015 09:02

Oleh KAMARIAH KHALIDI

NCCC menerima aduan tertinggi daripada pengguna yang mengadu tertipu dalam pembelian pelbagai produk dan perkhidmatan menerusi online pada tahun lalu.

PETALING JAYA – Kes penipuan dalam jualan dan perkhidmatan online merupakan kategori aduan tertinggi yang diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) sepanjang tahun 2014.

Pengerusi Lembaga Pengarah NCCC, Prof. Datuk N. Marimuthu (gambar kecil) berkata, aduan tertinggi berkaitan e-dagang atau online mencecah 7,641 kes iaitu peningkatan hampir 2,000 aduan berbanding tahun sebelumnya dengan nilai kerugian mencecah RM2 juta.

Katanya, bagaimanapun industri automobil dan kereta kekal sebagai ka­tegori yang mencatatkan nilai kerugian tertinggi iaitu RM25.1 juta dengan 3,492 aduan daripada 22 kategori kesemuanya.

“Aduan tertinggi disumbangkan oleh kes jualan dan perkhidmatan online, manakala nilai kerugian tertinggi pula dicatatkan dari industri automobil bagi laporan tahun 2014.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1006&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3nkGqdUTF
Hakcipta terpelihara