Complaints - Perkhidmatan Pelanggan Print
Monday, 07 June 2010 23:59

Pada 28 Mac berlaku transaksi kredit kad semasa check-out dari  Hotel N. Apabila kredit kad statement sampai, saya dapati charge yg dikenakan terlebih dua kali. 1 malam saya perlu bayar RM220. Oleh kerana ada kesilapan pihak Hotel, maka saya terbayar lebih RM440.  Sejak dapat statement kredit kad, saya cuba hubungi pihak bank dan hotel.Pihak Bank suruh hubungi pihak hotel untuk penyelesaian.
Dan penyelesaian dari pihak hotel adalah, mereka akan check dgn finance department hotel itu. Tetapi sampai sekarang belum lagi ada pembayaran balik. Rasanya sudah memakan masa hampir 2 bulan.  Apa yg tidak puas hati adalah, mereka lambat untuk melakukan pengesahan masalah ini dan lambat melakukan pembayaran. Saya terpaksa membayar interest lebih kerana masalah ini. Pihak hotel yang in-charge masalah ini adalah En. R. Beberapa kali saya hubungi beliau utk selesaikan
masalah ini, sampai sekarang belum nampak diselesaikan.  Saya fikir, adalah baik ada org ketiga iaitu NCCC untuk follow up masalah ini untuk membuka mata mereka.

Selepas tindakan susulan NCCC ;

Have spoken to En. S personally and we just received the cheque amounting RM 440.00 for this from Finance dept. Will bank-in to his account by today if time permits. Our apologies for this untowards incident.

Ms. Matheevani Marathandan
Senior Legal Executive