HARGA PROMOSI Print
Monday, 13 September 2010 22:29

Pada 21/8/2010 saya pergi keTesco dan telah membeli 2 bungkus tisu dapur (kitchen towel) berdasarkan harga jualan murah RM4.99 sebungkus seperti dipamirkan di rak di mana bungkusan tisu-tisu tersebut diletakkan. Hanya apabila saya keluar dari pasaraya tersebut saya menyedari bahawa harga tisu tersebut adalah RM8.75 sebungkus. Saya kemudiannya pergi ke pasaraya tersebut dan menemui pekerja yang bertugas.

Pekerja tersebut sahkan bahawa harganya adalah RM8.75 dan harga tawaran RM4.99 adalah untuk tisu muka (facial tissue) yang diletakkan di bahagian bawah rak tersebut (sila lihat gambar). Saya yakin ramai lagi pembeli telah terpedaya berdasarkan jumlah barangan tersebut yang masih ada di rak.

 


Semua pengguna hendakkan diberi kesedaran bagaimana pasaraya terkemuka sanggup menipu pembeli.

Sekian. terima kasih.

MAKLUMBALAS DARI PIHAK TESCO SELEPAS TINDAKAN NCCC

Salam Sejahtera,

Terima kasih atas maklumbalas tuan. Pihak kami berharap agar tuan dapat pergi ke cawangan Tesco kami untuk mendapatkan semula pemulangan wang sebanyak RM7.52 untuk 2 bunkus Tesco Kichen Towel. Kami di Tesco akan mengambil langkah - langkah yang sewajarnya bagi memperbaiki mutu perkhidmatan kami.

Perkara ini telah dimaklumkan kepada Pengurus Besar Pasaraya Tesco untuk tindakan yang sewajarnya.  Sekali lagi, terima kasih kerana membangkitkan perkara ini supaya kami boleh memperbaiki dan memperbetulkan kesilapan kami.

Yang Benar
Pengurus Maklumbalas Pelanggan
Jabatan Khidmat Pelanggan
Tesco Stores (M) Sdn. Bhd

PENGHARGAAN DARI PENGADU

Puan,

Tahniah kepada NCCC  kerana mengambil tindakan segera yang sewajarnya demi mempertahankan hak pengguna. Untuk makluman pihak puan, saya telah mendapat tawaran dari pihak Tesco untuk mendapatkan bayaran balik jumlah yang terlebih bayar.

Sekian, terima kasih.

Deivigarani Krishna
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
31/8/2010