SAYA TELAH DITIPU OLEH KUMPULAN CELCOM Print
Wednesday, 14 September 2011 22:25

KES 1
Selepas turun dari monorel, saya didatangi oleh sekumpulan pekerja Celcom. Mereka  telah memberi saya simcard Celcom (prepaid) dan mengatakan simcard itu diberi secara percuma kepada saya, malahan didalamnya terdapat RM50 jumlah kredit, sebelum itu saya dikehendaki memberi salinan kad pengenalan. Selepas pulang ke rumah, saya cuba untuk mengaktifkan simcard tersebut. Sebelum itu, saya terlebih dahulu menelefon ke Celcom careline untuk memastikan bahawa simcard tersebut adalah postpaid atau prepaid. Operator  itu memberitahu saya bahawa simcard itu adalah postpaid.

Selepas  mengetahui simcard itu adalah postpaid, saya terus tidak menggunakan simcard terbabit dan saya sedar saya telah ditipu oleh kumpulan celcom terbabit. Selepas sebulan, bil telah sampai ke rumah saya berjumlah RM74.00. Saya terus menelefon celcom careline untuk penjelasan lanjut kerana saya langsung tidak menggunakan nombor tersebut, malahan selepas tinjauan dibuat pihak celcom sendiri memberitahu saya bahawa tiada langsung call-out dibuat dari nombor itu. Jadi kenapa saya perlu membayar sejumlah RM74.00 sedangkan saya langsung tidak menggunakan nombor tersebut.  Setelah  tidak berpuas hati dan geram, saya mengarahkan pihak celcom untuk batal nombor terbabit. Selepas  sebulan,saya masih lagi menerima bil sebanyak RM40.15. Pihak  Celcom  juga menelefon dan menghantar SMS kepada saya supaya membayar semua bil terbabit dan jika saya enggan membayar tindakan akan diambil.
KES 2
Saya telah menerima simkad celcom blue percuma dari pihak Celcom pada 17 Julai 2011 di stesyen bas medan kidd Ipoh,Perak. Walaupun saya juga pengguna Celcom uox, simkad percuma tetap diberikan. Pihak celcom telah meminta butiran peribadi saya untuk diisi di dalam borang tertentu dan fotostat i/c saya. Mereka juga turut meminta nombor telefon bimbit saya yang lain dan nombor bimbit telefon yang saya telah berikan merupakan nombor Maxis. Pada 24 Julai 2011 dengan secara tiba-tiba, simkad Maxis saya berada dalam status inactive sim.

Pada 26 julai 2011, saya telah pergi ke Maxis Centre untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh simkad Maxis saya. Pihak Maxis telah memberi tahu bahawa simkad Maxis saya telah di pop out oleh pihak Celcom. Saya telah ditipu oleh pihak Celcom kerana telah menerima simkad Celcom blue percuma pada tempoh hari. Simkad Celcom tersebut telah menggunakan nombor yang sama dengan nombor simkad Maxis. Secara tidak langsung saya telah bertukar menjadi pengguna Celcom blue tanpa disedari. Saya berasa sangat kecewa dan tidak berpuas hati dengan pihak Celcom kerana telah menipu dan memperdayakan saya. Saya merupakan seorang pelajar politeknik. Saya dapat melihat pihak celcom ini telah mengedarkan simkad-simkad percuma kepada pelajar-pelajar politeknik pada beberapa hari yang lepas. Saya juga dapat merasakan ramai orang telah tertipu dengan taktik yang digunakan oleh pihak Celcom.

NCCC NASIHAT
Ramai pengguna tertipu dengan jurujual yang mempromosikan simkad percuma. Pengguna senang terpedaya dengan kata-kata jurujual yang menjanjikan simkad tersebut percuma sehingga mereka boleh memberikan salinan kad pengenalan kepada jurujual tersebut.

Siapakah patut disalahkan dalam kedua-dua situasi diatas?
Pengguna juga turut disalahkan kerana tanpa salinan kad pengenalan jurujual tersebut tidak boleh mendaftar talian di atas nama pengguna. Pengguna juga lupa tanggungjawap mereka dan turut mengikuti kata-kata jurujual. Jurujual sanggup memberikan maklumat-maklumat palsu tanpa menghiraukan kepentingan hak pengguna kerana tujuan mereka adalah hanya untuk mendapat komisen.

Pengguna patut membuat aduan kepada syarikat telekomunikasi jika menerima bil untuk perkhidmatan yang tidak digunakkan.

Pihak Celcom juga mesti menyiasat aduan sebegini kerana ini melibatkan jurujual Celcom sendiri. Kegiatan ini adalah melanggar peraturan dan etika perniagaan terhadap pelanggan.

DEIVIGARANI KRISHNA
NATIONAL CONSUMER COMPLAINTS CENTRE (NCCC)