Complaints - Ejen Celcom Print
Friday, 19 March 2010 04:32

Pada 26/02/2010, jam lebih kurang 5 petang, semasa di jambatan hadapan bangunan Times Square KL, saya telah bersetuju untuk menerima sim kad percuma baru daripada agen promosi Celcom yang sedang membuat promosi dan mengajak saya.

Setelah bertanyakan butir-butir pelan yang dikatakan pelan percuma untuk pelajar itu, saya telah bersetuju untuk mengisikan borang tetapi hanya dengan nama dan alamat e-mel tanpa tandatangan atau nombor telefon saya.


Setelah diminta dan diberi kad IC saya untuk dibuat salinan, saya ditanyakan nombor telefon untuk diberikan kepada nombor sim 013 yang baru tersebut dan saya terlepas cakap nombor telefon sebenar saya iaitu 01* ******  kerana saya ingatkan jikalau diberi 7 digit nombor telefon lama saya lebih senang diingati.

Setelah lebih kurang 20 minit, saya pergi semula kepada pihak promosi untuk membatalkan permohonanan sim kad baru tersebut dan mengembalikan kad sim baru yang diberi kerana tidak ingin mengambil risiko ditipu dan meminta semula salinan kad pengenalan tetapi diberitahu telah menghantarnya untuk pendaftaran Celcom.

Apabila saya bertegas ingin membatalkannya, salah seorang daripada mereka menelefon tidak tahu siapa(dengan nama gadis m), saya kemudian diberitahu bahawa permohonan saya telah dibatalkan tetapi tidak dikembalikan salinan kad pengenalan. Pada 06/03/2010, jam lebih kurang 11pagi, saya menerima mesej SMS daripada DIGI bahawa pelan telefon xxxx saya telah ditukarkan kepada Celcom.

Saya menghubungi xxxx serta-merta menggunakan telefon kawan namun diberitahu oleh pihak xxxx bahawa pelan nombor telah dibatalkan berserta dengan jumlah kredit telefon saya lebih kurang RM200-250 turut hilang. Menurut pihak xxxx juga, pihaknya tidak boleh membuat apa-apa kerana pelan panggilan telefon saya telah ditukarkan daripada pelan pelajar(xxxxxxx) kepada Celcom sedangkan saya telah membatalkan permohonan Celcom malahan dikembalikan kepada mereka kad sim Celcom baru tersebut.

Atas hal ini, saya telah membuat laporan polis dan ingin m0embuat laporan kepada pihak berkuasa/persatuan pengguna atas penipuan tersebut. Saya berharap kad sim nombor telefon pelan xxxx xxxxx saya,01* *******  dapat diaktifkan semula dan dikembalikan semula kredit telefon berjumlah lebih kurang Rm200-250 tersebut.

Selain itu,saya berharap tindakan dapat dikenakan atas pihak mereka kerana ramai yang telah ditipu dengan cara yang sama termasuk 3 rakan kolej saya. Jika boleh, saya ingin tuntutan yang sama untuk ketiga-tiga mereka dengan dikembalikan jumlah kredit telefon yang turut hilang dalam penukaran pelan panggilan.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak NCCC atas isu hak-hak pengguna amat dihargai.Terima Kasih.

Anggaran Kerugian : RM 200-250

Status : Aduan di atas sudahpun di lanjutkan kepada Syarikat berkenaan. Salinan untuk perhatian dan tindakan juga telah dihantar kepada Kementerian dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.

Nasihat NCCC: Kami sentiasa menasihati pengguna untuk mendapat maklumat maklumat yang penting dan semua tindakan yang bakal memberi kesan kepada kita sebagai Pengguna. Amat penting bagi kita sebagai Pengguna dan sedar akan salah satu daripada hak kita iaitu HAK UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT. Kami berharap Pengguna sentiasa peka terhadap isu-isu semasa dan mengambil inisiatif selaras dengan tema kita “PERUBAHAN BERMULA DENGAN SAYA”. Akan tetapi sekiranya anda menghadapi masalah sedemikian tolong melaporkan segera perkara ini kepada syarikat mereka dan NCCC untuk tindakan segera.

Ms. Matheevani Marathandan
Legal Executive/Complaint Handling Manager
National Consumer Complaints Centre (NCCC)
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional