Friday, 29 Mar 2024
You are here: Home Consumer ALERT Consumer Alert : Berwaspada dengan Kegiatan Penipuan oleh Syarikat Wangsa Jaya Juta
Consumer Alert : Berwaspada dengan Kegiatan Penipuan oleh Syarikat Wangsa Jaya Juta PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:23

Consumer Alert: Berwaspada dengan Kegiatan Penipuan oleh Syarikat Wangsa Jaya Juta

Saya merasa amat curiga dengan kaedah pemberian hadiah yang dimenangi ini dan mula mencari sumber untuk mengesahkan status syarikat wangsa jaya juta ini. Wakil syarikat ini menghubungi dan memaklumkan kepada saya sebentar tadi sekiranya memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM500, saya perlu membawa akaun ASB @ tabung haji untuk segera didebitkan di dalam akaun tersebut. Dimaklumkan lagi, pemilihan nama saya dibuat berdasarkan rujukan dari warranty card pembelian barangan elektrik jenama national & panasonic yang telah dilakukan diantara tahun 1995 - 2006.

Bila saya minta wakil tersebut untuk justify apakah jenis produk yang saya beli itu, mereka banyak berdalih dan memaklumkan hanya merujuk nama saya kepada warranty card sahaja.  Mereka mendakwa, hadiah ini merupakan antara promosi bagi kempen membantu pengguna dan mengurangkan cukai pendapatan.

Mujur website ini memberikan satu informasi yang membantu saya bertindak dalam kadar segera. Para pengguna semua diminta berwaspada dengan kaedah penipuan syarikat ini.

terima kasih

16 April 2008