Thursday, 18 Apr 2024
You are here: Home Consumer ALERT Consumer Alert : Aduan menagenai penyelewengan wang oleh waterdrops sdn bhd
Consumer Alert : Aduan menagenai penyelewengan wang oleh waterdrops sdn bhd PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:18

Sebuah syarikat yang bernama Waterdrops Sdn Bhd (WSB) telah menelefon/ menghubungi saya dari talian yang bernombor 0162615503 pada 1hd Februari, 2008. Menurut pemanggil tersebut yang disyaki bernama Arif memperkenalkan dirinya dan mengatakan dia mewakili WSB ingin  menjemput/mempelawa saya untuk menghadiri satu pelancaran produck baru syarikat ini iaitu sebuah mesin kiosk yang boleh digunakan untuk membeli tiket bas, membuat tambahan nilai untuk prepaid DiGi, Celcom, Maxis dan sebagainya. Saya juga diberitahu yang satu voucher percutian dalam dan luar negara.juga akan diberikan kepada saya secara percuma apabila saya datang menghadiri pelancaran produk baru syarikat tersebut.

 

Setelah tiba di pejabat WSB yang beralamt di C-20-1, Block C, Megan Phileo Avenue II, Off Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur, pada 3hd februari 2008, Saya di bawa ke bilik perundingan untuk menjadi \"Investor kiosk vending Machine". saya dapati ianya bukan lagi pelancaran produck baru padahal WSB ini memanggil saya untuk menerangkan tentang plan perniagaan. Untuk mendapatkan voucher percutian seperti yang dijanjikan, saya dikehendaki untuk meluangkan masa 45 minit untuk mendengar penerangan tentang plan perniagaan dan juga mesin kiosk mereka.

Semasa penerangan tersebut saya diberitahu harga kiosk tersebut ialah RM50,000.00 WSB memberikan diskaun dan menurunkan harganya kepada RM44,000.00 untuk saya. Perunding berkenaan Cik Awie Mostafa 0173435853 dan pengurusnya yang memperkenalkan dirinya sebagai En.Sara 0162187802 telah memujuk saya hampir 2 jam untuk membeli mesin ini dengan langsung tidak memberikan masa untuk saya berfikir panjang. Saya berterus terang mengatakan yang saya tidak mempunyai wang yang sebegitu banyak untuk memulakan perniagaan dengan membeli mesin kiosk tersebut.

En.Sara memberitahu saya supaya membuat pinjaman bank dan dia akan menguruskan pinjaman peribadi (personal Loan) daripada bank. Sekali lagi saya berterus terang memberitahu bahawa saya tidak berminat untuk membuat pinjaman dari bank mahupun pinjaman peribadi kerana sudah cukup dengan komitment yang sedia ada.Saya bimbang sekiranya tidak mampu membayar balik pinjaman. En.Sara cuba meyakinkan saya secara bersungguh-sungguh bahawa WSB akan megesyorkan saya bahawa dalam perniagaan ini saya tidak mungkin mengalami kerugian kerana WSB akan sentiasa memantau perniagaan saya dan berjanji akan menasihatkan saya tentang perkembangan perniagaan saya. Meskipun saya tetap dengan pendirian saya yang tidak mahu mengambil pinjaman bank.

En.Sara yang tidak berpuas hati dengan pendirian saya, setelah mendengar keterangan dari saya dia menawarkan/mencadangkan saya satu cara (idea) dengan menyuruh saya supaya membuat bayaran pendahuluan (deposit) dengan menggunakan kad kredit sebanyak RM13,200.00 iaitu 30% daripada harga mesin tersebut. Apabila dia melihat saya teragak agak untuk membuat bayaran melalui kad kredit, dia dengan serta merta berjanji dan berkata dia akan mendapatkan saya plan bayaran ansuran tanpa faedah, ‘Easy Payment Plan’ (EPP) daripada pihak bank.

En.Sara juga berkata WSB membuat urusan dengan CIMB Bank dan AmBank  WSB ialah ‘merchant’ kepada kedua dua bank tersebut oleh yang demikian WBS mempunyai hubungan baik dengan pihak bank tersebut. Dengan itu dia berjanji dan memberikan kepercayaan, kononnya tiada masalah yang akan timbul untuk mendapatkan EPP daripada kedua dua bank tersebut. Kerana tidak mahu kehilangan seorang “customer’, dia bersungguh sungguh dan berjanji katanya lagi setelah saya membuat bayaran 30% barulah WBS akan menguruskan pemprosesan dokumen perjanjian jual beli untuk memberi mesin kiosk tersebut untuk memulakan perniagaan. Dia berkata lebih cepat saya bayar, lebih cepat boleh dapat mesin dan dapat beroperasi, lalu dalam keadaan yang terdesak saya telah dipaksa rela untuk memberikan kad kredit untuk dibilkan kepada syarikat ini sebanyak RM13,200.00.

Terpengaruh dengan kata dan janji beliau yang mewakili WSB, maka saya pada tarikh dan ditempat tersebut telah membuat bayaran pendahuluan kepada WSB berjumlah RM13,200.00 melalui 3 kad credit yang berasingan. Pihak WSB telah mengeluarkan resit bernombor 00976, 00149, 00653 kepada saya sebagai bukti penerimaan wang pendahuluan tersebut. Kad pengenalan dan kad kredit saya telah dibuat bebrapa salinan oleh pekerja di situ untuk permohonan EPP. Resit asal ada pada saya, bersama ini saya sertakan salinan resit berkenaan.

Selebihnya WSB berjanji bersungguh sungguh untuk mendapatkan EPP untuk saya dalam masa kurang dari satu bulan, iaitu dalam masa lebih kurang 2 hingga 3 minggu. Saya juga menegaskan disini bahawa WSB harus  mendapatkan EPP untuk saya seberapa cepat yang boleh kerana kad kredit akan dikenakan  ‘interest’ selepas 20 hari. Kebetulan masa itu  ialah masa perayaan tahun baru cina bakal bermula dan semau/kebanyakan  orang akan mengambil cuti panjang.

EN.Sara yang mewakili WSB berjanji akan mendapatkan EPP secepat yang mungkin dalam masa satu bulan itu, dan sebaik  EPP ditawarkan kepada saya mesin kiosk itu boleh dipasangkan di lokasi yang ditentukan oleh WSB dan mula beroperasi sepenuhnya dan saya boleh menampakan hasil.

Kemudian setelah itu, setiap kali saya cuba menghubungi En.Sara, dia mengatakan bahawa wakil dari pihak bank, CIMB Bank akan menghubungi saya dan meminta saya agar bersabar dan menunggu panngilan dari CIMB Bank. Perkara ini berlarutan sampai satu bulan dan saya masih tertunngu tunggu lagi.

Apabila saya menerima panyata kad credit yang menyatakan saya dikenekan ‘interest’ untuk kegunaan saya tempoh hari saya berasa amay kesal dan kecewa kerana saya pula yang terpaksa menanggung interest tersebut. Saya terus menghubungi En.Sara serta merta dan menerangkan perkara ini. Barulah dia menyatakan bahawa mereka mempunyai masalah dengan pihak CIMB  Bank. Itu pun setelah satu bulan baru dia bagi tau saya.Saya rasa susah hati dan mula hilang kepercayaan terhadap WSB.

En.Sara berkata dia akan menyuruh pihak AmBank pula menghubungi saya untuk tujuan yang sama iaitu untuk mendapatkan EPP. Setelah 2 hingga 3 minggu selesai pemprosesan, pihak AmBank hanya menawarkan saya jumlah had (credit limit) sebanyak RM8,000.00 sahaja yang sama sekali tidak mencukupi untuk menampung jumlah yang selebihnya.

Apabila saya merujuk perkara ini kepada pihak WSB, En.Sara berkata dia akan meghubungi pihak AmBank dan menyuruh pihak bank supaya menambahkan had tersebut. Ini telah mengambil masa lebih dari satu minggu hamper 2 minggu tetapi pihak WSB akhirnya tidak berjaya juga. pihak WSB telah memberi berbagai-bagai alasan di atas kegagalan untuk mendapatkan EPP untuk saya seperti yang dijanjikan. Sementara itu saya mendapat tahu ramai lagi orang seperti saya telah tertipu dan terpedaya oleh pihak WSB melalui kaedah yang sama.

Setelah itu sekali lagi, kali ini sudah masuk kali ketiga saya diarahkan untuk merujuk kepada Maybank pula untuk mendapatkan kad kredit untuk kegunaan EPP. Samapai pada hari ini saya tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak Maybank dan kemungkinan besar permohonan saya tidak berjaya dan pihak WSB juga tidak dapat berbuat apa apa tentang perkara ini.Sementara itu  penyata kad kredit seterusnya untuk bulan berikut juga telah dikeluarkan untuk membayar hutang kad credit bersama interest sekali.

Kini Sudah tiga bulan lebih wang saya disimpan oleh pihak WSB dan saya pula terpaksa membayar interest. Saya berasa amat kesal sedih dan tidak berpuas hati terhadap layanan  buruk yang diberikan kepada say a oleh pihak WSB lalu saya meminta supaya wang pendahuluan saya sebanyak RM13,200.00 dipulangkan segera kerana saya tidak berpuas hati dan tidak lagi mahu meneruskan urusniaga berkenaan. Tujuan saya berbuat demikian ialah kerana saya tidak lagi sanggup untuk menaggung beban dari interest kad kredit dan terus mengalami kerugian akibat perbuatan pihak WSB yang tidak menepati janji mereka tepat pada waktu dan masanya.

Satu surat ‘customer complaint’ juga telah dihantar pada 17/04/2008 untuk tujuan pembatalan dan pemulangan wang pendahuluan. Dokumen perjanjian jual beli yang ditandatangani juga belum saya terima Saya telah memohon agar wang saya dikembalikan, tetapi pihak WSB enggan berbuat demikian. Walau bagaimana pun syarikat ini  berdolak dalik untuk memulangkan kembali RM13,200.00 dengan alasan segala dokumen telah ditandatangani dan mereka ada bukti hitam putih.

Saya percaya bahawa tindakan wakil-wakil WSB adalah satu skim memperdaya dan menipu orang ramai. Saya percaya pihak WSB telah melakukan beberapa kes jenayah komersil dan pihak berwajib diminta melindungi orang ramai agar tidak diperdaya melalui skim seperti ini. Saya membuat laporan ini bagi tujuan mendapatkan kembali wang yang telah ditipu dan diperdaya oleh pihak WSB.