Tuesday, 19 Mar 2024
You are here: Home
Pentingnya Mengapa Kita Perlu Menyimpan Bil bil Lama. PDF Print E-mail
Written by admin2   
Tuesday, 03 September 2019 12:44

 

Pentingnya Mengapa Kita Perlu Menyimpan Bil bil Lama.

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) kebelakangan ini telah menerima banyak aduan mengenai bayaran yang tidak dijelaskan, tertunggak dan juga bayaran yang tidak sepatutnya dikenakan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai pengguna untuk menyimpan bil bil lama untuk semakan semula sekiranya timbul keraguan.

Salah satu kes yang telah diterima oleh NCCC adalah caj insuran kebakaran yang telah dikenakan oleh sebuah bank terhadap pengguna tersebut. Beliau telah dikenakan bayaran yang berlebihan. Kebetulan pelanggan tersebut ada menyimpan segala bil dan dokumen perumahannya dalam satu fail. Pengguna yang mengemukakan aduan ini menunjukkan bil bil yang menunjukkan bukti insuran yang telah dibayar sejak mula beliau membuat perjanjian jual beli.

Pihak NCCC telah menghubungi pihak bank tersebut dengan bukti bukti yang diberikan untuk mendapat penjelasan. Pihak bank telah menerima aduan pihak NCCC mengenai pengguna terbabit dan seterusnya telah berjumpa dengan pengguna tersebut dan telah berjaya menyelesaikan masalahnya.

Nasihat NCCC kepada para pengguna supaya membuat salinan fotostat khasnya bila membayar melalui kad kredit. Ini adalah kerana cetakan pada bil yang dikeluarkan akan menjadi pudar dan hilang. Ini akan menimbulkan kemusykilan sekiranya ingin membawa kes aduan dengan menggunakan bil yang sudah pudar. Kad kad jaminan (warranty cards) juga juga harus disimpan selama tempoh diberi jaminan walaupun kini penjual hanya meminta nombor telefon atau nombor kad pengenalan. Adalah menjadi tanggungjawab seorang pengguna untuk menyimpan dokumen dokumen dan bil bil yang penting.

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

‘KE ARAH MENGWUJUDKAN PENGGUNA YANG BERWIBAWA’

 

Last Updated on Tuesday, 03 September 2019 12:53