Saturday, 20 Apr 2024
You are here: Home
Koc Khusus untuk Wanita Dipenuhi Lelaki PDF Print E-mail
Saturday, 30 June 2012 04:47

Sebagai pengguna pengangkutan awam, saya mengharapkan suasana selesa ketika menggunakannya apatah lagi kini pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan koc komuter khusus untuk wanita.  Namun saya agak kesal sebaik melangkah masuk ke koc berkenaan, ruang yang ada dipenuhi 20 lelaki yang berdiri dan duduk tanpa menghiraukan kehadiran penumpang wanita.
Pengguna KTMB


KTM Berhad sentiasa komited untuk memastikan keselesaan semua penumpang. Ini dapat dilihat daripada usaha kami yang terkini iaitu menugaskan anggota polis bantuan KTMB di dalam koc wanita. Tidak dinafikan pada hujung minggu memang lebih mencabar kerana pengguna menaiki komuter bersama pasangan dan ahli keluarga serta remaja berkumpulan dengan rakan.  Bagaimanapun, usaha pemantauan tetap diberi perhatian pihak kami.
Jurucakap Unit
Komunikasi Korporat,
KTM Berhad.