Saturday, 08 May 2021
You are here: Home
Dua warga emas ditipu RM100,000 pelaburan tanam padi di Kemboja PDF Print E-mail
Written by admin3   
Friday, 02 April 2021 15:07

Carroll County Sheriff's Office warns of phone scammer claiming to be an  officerApril 2, 2021 10:50 MYT
KUANTAN: Dua wanita warga emas mendakwa kerugian RM50,000 setiap seorang selepas diperdayakan untuk menyertai pelaburan menanam padi di Kemboja, yang disertai mereka sejak tujuh tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 75 dan 65 tahun mendakwa tertarik untuk melabur selepas menyertai jelajah kononnya dibuat sebuah syarikat pelaburan di sebuah hotel terkemuka di sini, sekitar Jun 2014.

"Pada program jelajah itu, mangsa mendakwa mereka dijanjikan pulangan sebanyak RM52,000 setiap tiga bulan untuk tempoh tiga tahun jika mengambil satu lot padi bernilai RM50,000.

"Mangsa mendakwa mereka menandatangani surat perjanjian sekitar Ogos 2014 selepas membuat bayaran RM50,000 melalui cek yang diserahkan kepada seorang ejen syarikat tersebut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata, bagaimanapun kedua-dua mangsa mendakwa tidak pernah menerima pulangan yang dijanjikan sehingga tahun ini, selain gagal untuk menghubungi ejen syarikat itu menyebabkan mereka berasa ditipu.

Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.


-- BERNAMA

 

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dua-warga-emas-ditipu-rm100000-pelaburan-tanam-padi-di-kemboja-291301

Last Updated on Friday, 02 April 2021 15:08