Saturday, 08 May 2021
You are here: Home
Pesara terjerat cinta jejaka Poland PDF Print E-mail
Written by admin3   
Wednesday, 31 March 2021 12:03

My bloody Valentine: Romance scams in 2020 soared to record more than $300  million in losses, up 50 percent from pre-pandemic 2019: FTC - CFCS |  Association of Certified Financial Crime SpecialistsMac 31, 2021 @ 10:26am
Jempol : Seorang wanita yang juga pesara kerajaan menjadi mangsa penipuan love scam sehingga mengakibatkan kerugian RM10,800.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata mangsa berusia 54 tahun pada awalnya mengenali seorang lelaki bernama Mohamed Ibrahim yang mendakwa dirinya seorang warganegara Poland melalui Facebook pada Disember tahun lalu.

Katanya lanjutan itu, mangsa dan lelaki yang tidak ditemui itu kemudian sepakat menjadikan hubungan maya sebagai pasangan kekasih.

"Mangsa kemudian dijanjikan akan mendapat pelbagai hadiah antaranya beg tangan, kasut, baju, barang kemas dan wang sebagai tanda persahabatan.

"Lelaki Poland itu kemudian memberitahu mangsa bahawa sudah mengepos barangan yang dijanjikan namun gagal melepasi pemeriksaan pihak berkuasa.

"Mangsa kemudian dihubungi ejen penghantaran bagi menyelesaikan masalah barang yang tersekat dan diminta membuat pembayaran," katanya di sini.

Hoo berkata mangsa yang percaya dengan masalah itu, kemudian membuat pembayaran menerusi satu akaun bank.

Katanya mangsa sekali diminta membuat pembayaran namun menyedari sudah ditipu.

"Mangsa kemudian membuat laporan polis semalam di Balai Polis Bahau dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Polis juga menasihatkan orang ramai sentiasa peka terhadap jenayah kolar putih yang kerap berlaku ketika ini," katanya.

Hoo berkata orang ramai boleh membuat semakan https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ bagi mengelak menjadi mangsa penipuan selain mengikuti perkembangan terkini di Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Negeri Sembilan.

 

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/689756/pesara-terjerat-cinta-jejaka-poland