Friday, 22 Sep 2017
You are here: Home
NCCC, NCAC jaga hak pembeli dalam talian PDF Print E-mail
Written by admin2   
Wednesday, 08 March 2017 15:08

Petaling jaya: Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Pusat hal Ehwal Pengganu Nasional (NCAC) Jepun bagi menambah baik perlindungan dan memperkasakan  kuasa pengguna kedua-dua negara.

NCAC Jepun agensi pentadbiran yang mengendalikan aduan pengguna berkaitan perdagangan merentasi sempadan antara pengguna Jepun dengan perniagaan luar negara.

Presiden NCAC Jepun Tsuneo Matsumoto berkata, agensi berkenaan   yang mengurus aduan pengguna di Jepun sejak 1970 memilih kerjasama dengan Malaysia sebagai negara yang ke-12 dalam usaha memperkuat kuasa pengguna.

“Kerjasama serantau ini sekali gus meningkatkan keyakinan dan kepercayaan pengguna di kedua-dua negara memandangkan perniagaan dalam talian (e-dagang) merentasi sempadan semakin mendapat perhatian masyarakat.

“Sektor e-dagang yang tiada premis fizikal menjadi cabaran besar kepada perlindungan pengguna yang sering ditipu.

“Oleh itu kerjasama ini usaha mendapatkan keadilan,” katanya pada siding media selepas majlis MoU di NCCC, di sini, semalam.

Menurutnya, jumlah transaksi e-dagang antara Malaysia dan Jepun mencecah RM137.45 billion pada 2014 dan meningkat setiap tahun menyebabkan mereka melaksanakan projek usahasama itu bagi memberi perhatian kepada hak pengguna.

Pengerusi NCCC Prof Datuk Dr Marimuthu Nadason berkata, aduan penipuan perniagaan dalam talian antara tertinggi diterima pihaknya daripada pengguna di negara ini.
Katanya, masalah yang disering dihadapi pengguna seperti menerima barang rosak, produk rendah kualiti dan ditipu sindiket perniagaan dalam talian.

“Aduan pengguna berhubung penipuan perniagaan dalam talian meningkat setiap tahun dengan purata 28 peratus dan perlindunga kepada hak pengguna ini perlu diberi perhatian,” katanya.

Sumber: Harian Metro 8 March 2017