Monday, 29 May 2017
You are here: Home
BAHANA BELI RUMAH LELONG PDF Print E-mail
Thursday, 02 June 2016 11:03

 

·    Pemilik lama enggan pindah, tunggakan bil elektrik RM2,500
Impian seorang kakitangan awam mendiami rumah baru tidak terlaksana apabila pemilik lama enggan meninggalkan kediaman berkenaan walaupun bayaran sudah dilunaskan.

Pengalaman pahit  itu dilalui nazir yang membeli rumah berkenaan di Negeri Sembilan melalui lelongan bank pada 29 Julai tahun lalu.

Lelaki berusia 30 tahun itu berkata dia membuat pinjaman bank untuk pembelian yang mengambil masa selama empat bulan.

“Urusan bank selesai pada November tahun lalu malah pihak peguam memaklumkan saya sudah boleh memasuki rumah itu sebuah kemudian.
“Bagaimanapun, saya kecewa apabila mendapati pemilik lama masih menduduki rumah itu,” katanya.

Nazir berkata, atas faktor kemanusiaan, dia memberi masa sehingga pertengahan Disember tahun lalu kepada pemilik lama untuk keluar dari rumah berkenaan.

Menurut Nazri, malangnya kebaikan yang ditabur sebaliknya tidak dihargai. Katanya, ibarat pepatah terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut nag apabila selepas penghuni lama mengosongkan rumah berkenaan,dia meninggalkan tunggakan bil elektrik yang tinggi .

“Selepas pemilik lama keluar rumah, saya pergi ke pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menyemak bil elektrik, selain ingin membuat permohonan baru atas nama saya.”Alangkah terkejutnya saya apabila TNB memaklumkan bil elektrik mencecah RM2,500 dan meminta saya membayar bil itu terlebih dulu sebelum membuat permohonan baru.

“Perkara ini membuatkan saya tidak berpuashati kerana diminta membayar bil orang lain sedangkan ia adalah tanggung jawab pemilik lama,” katanya. Sehubungan itu, Nazri berkata, dia melaporkan perkara itu kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, NCCC kemudiannya memanjangkan aduan itu kepada pihak TNB. “Selepas menerima aduan, pejabat TNB menghubungi pengadu untuk mengadakan perbincangan. “Hasil perbincangan itu, pihak TNB membenarkan saya membuat permohonan baru dan akan menuntut bayaran tunggakan daripada pemilik lama,” Katanya.

 

 

Sumber : Metro Ahad/15/5/16

Last Updated on Thursday, 02 June 2016 11:05