Friday, 29 Mar 2024
You are here: Home
Isu Ubah Suai Rumah oleh Kontraktor Bermasalah PDF Print E-mail
Tuesday, 16 February 2016 08:51

Berdasarkan laporan tahunan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), aduan tentang sektor perumahan mencatatkan kedudukan kedua paling tertinggi, iaitu 19.4%. Jumlah ini berdasarkan kepada aduan yang diterima daripada pengguna yang membuat laporan di NCCC.

Bagi mendapatkan khidmat kontraktor, pengguna terpaksa mengeluarkan banyak wang dari puluhan ribu hingga mencecah beratus ribu ringgit. Tambahan pula, kos bahan binaan yang digunakan dalam industri semakin meningkat. Kebanyakan pengadu membuat aduan terhadap kontraktor ubah suai rumah kerana tidak melakukan tugas mereka seperti yang dijanjikan. Antaranya, menggunakan bahan binaan yang berkualiti rendah sehingga mengakibatkan bumbung runtuh, dinding retak, kebocoran paip menyebabkan pengguna kecewa kerana telah membayar wang yang banyak kepada kontraktor atas tugas tersebut.
Selain itu, kontraktor juga dikatakan mengenakan bayaran yang tinggi terhadap pengguna. Apabila pengguna membuat laporan terhadap kerja yang tidak memuaskan, kontraktor tersebut membaiki dan mengenakan caj dua kali terhadap pengguna walaupun kesalahan tersebut adalah daripada mereka sendiri.

Pengadu juga membuat aduan mengenai bumbungyang bocor, dan walaupun ia masih dalam tempoh waranti, namun kontraktor tidak mahu membaiki jika pengadu tidak membayar untuk membaiki kerosakan tersebut.

Undang-Undang

Sekiranya pengguna menghadapi kes seperti ini, anda boleh memfailkan tuntutan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di bawah Seksyen 53, Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Tip

• Selidik latar belakang kontraktor seperti bertanyakan rakan kejiranan atau pelangganpelanggan lain.

• Pastikan kontraktor tersebut berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

• Minta sebut harga / quotation sebelum anda membayar sebarang deposit.

• Sebelum menandatangani kontrak, pastikan anda membaca terma dan syarat yang ditetapkan dalam  kontrak dengan teliti.

• Pastikan anda menyimpan resit pembayaran atau gambar sebagai bukti sekiranya kontraktor tersebut tidak mahu membaiki kerosakan tersebut dan anda ingin mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut.