Friday, 29 Mar 2024
You are here: Home
Beli Barang Dalam Talian Catat Aduan Paling Tinggi PDF Print E-mail
Tuesday, 06 October 2015 08:53

06 Oktober 2015 1:49 AM

KUALA LUMPUR 5 Okt. – Pembelian barangan dalam talian mencatatkan aduan tertinggi iaitu sebanyak 7,641 aduan berikutan sikap pengguna yang tidak memahami terma dan syarat pembelian, selain beranggapan penguatkuasaan bagi mana-mana perniagaan adalah sama.
N. Marimuthu

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof. Datuk Dr. N. Marimuthu berkata, orang ramai sering menjadi mangsa kepada peniaga dalam talian kerana mereka tidak menyemak terlebih dahulu sama ada perniagaan tersebut berdaftar atau tidak dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 51.8 peratus pengguna menjadi mangsa pembelian dalam talian apabila menerima barangan yang tidak sama seperti yang dipaparkan di laman web dan terpaksa menunggu lebih lama bagi mendapatkan barangan.

“Apabila situasi ini berlaku, pengguna akan cuba menghubungi peniaga terbabit untuk mendapatkan pulangan wang mereka semula, malangnya kebanyakan peniaga terbabit tidak berdaftar dengan SSM dan bertindak menghilangkan diri. Jadi ini akan memakan masa yang lama untuk pihak berkuasa mengesan dan mengambil tindakan susulan.

“Justeru, kami ingin menasihatkan pengguna supaya lebih berhati-hati, berfikir dahulu sebelum membuat pengesahan pembelian dalam talian dan membaca terlebih dahulu syarat-syarat juga terma yang terdapat dalam proses pembelian,” kata­nya dalam sidang akhbar Pelancaran Laporan Tahunan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) 2014 di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Presiden FOMCA, Mohd. Yusof Abdul Rahman; Eksekutif Polisi dan Undang-Undang NCCC, Mandeep Singh dan Shabana Naseer Ahmad.

Laporan Tahunan NCC adalah bagi memaklumkan pihak-pihak berkaitan, khususnya peniaga dan pengeluar mengenai aduan pengguna supaya terus berusaha untuk kekal relevan dalam menjalankan perniagaan masing-masing.

Dalam laporan itu, sebanyak 41,531 aduan melibatkan pelbagai sektor dengan jumlah anggaran kerugian hampir RM70 juta bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lalu.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/beli-barang-dalam-talian-catat-aduan-paling-tinggi-1.143464#sthash.sckarScD.dpuf

 

Last Updated on Tuesday, 06 October 2015 08:57