Friday, 29 Mar 2024
You are here: Home
Tak adil caj khidmat Internet tak memuaskan, kata persatuan pengguna PDF Print E-mail
Monday, 05 October 2015 15:44

OLEH KC NAZARI

Published: 5 October 2015 12:42 PM

Syarikat telekomunikasi harus berhenti mengenakan bayaran ke atas pengguna bagi perkhidmatan yang tidak menepati piawaian yang dijanjikan, kata Profesor Datuk Dr Marimuthu Nadason.

Gesaan itu dibuat Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), menerusi Laporan Tahunan 2014 yang dibentangkan Marimuthu selaku pengerusinya hari ini.

"Penyedia perkhidmatan mestilah tidak mengenakan caj ke atas pengguna bagi perkhidmatan yang gagal disampaikan kepada mereka seperti hubungan yang lemah (HSDPA, WiFi, panggilan dan sebagainya), terutamanya apabila prestasinya sama sekali di bawah piawaian.
"Dan ini tidak adil kepada pengguna," menurut laporan itu yang dibentangkan pada satu sidang media di Petaling Jaya pagi ini.

Marimuthu yang juga presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berkata, saranan itu merupakan sebahagian daripada cadangan penambahbaikan terhadap 5,868 aduan pengguna yang diterima NCCC, melibatkan telekomunikasi dan jalur lebar pada 2014.

Aduan terhadap telekomunikasi menduduki tangga ketiga kategori jumlah aduan tertinggi dengan anggaran kerugian sebanyak RM3.5 juta.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mendakwa rakyat Malaysia memilih Internet yang perlahan kerana ia murah berbanding hubungan Internet yang laju.

Kenyataan itu dibidas bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Rafidah Aziz, sebagai kenyataan yang memalukan, namun Salleh mempertahankannya mengatakan kesimpulan itu dibuat berdasarkan perangkaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sementara itu, Marimuthu dalam sidang media sama pagi tadi mengumumkan NCCC menerima 41,531 aduan pengguna pada 2014 dengan kerugian keseluruhan RM68 juta.

Jumlah aduan tertinggi melibatkan perdagangan dalam talian dengan 7,641 aduan sementara nilai kerugian tertinggi dicatatkan industri automobil dan kereta iaitu RM25.1 juta. – 5 Oktober, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tak-adil-caj-khidmat-internet-tak-memuaskan-kata-persatuan-pengguna#sthash.UrGu0dP0.dpuf

 

Tak adil caj khidmat Internet tak memuaskan, kata persatuan pengguna

Presiden NCCC Profesor Datuk Dr Marimuthu Nadason semasa di Annual Consumer Complaints Report yang diadakan di ERA Consumer Malaysia, Petaling Jaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 Oktober, 2015.Presiden NCCC Profesor Datuk Dr Marimuthu Nadason semasa di Annual Consumer Complaints Report yang diadakan di ERA Consumer Malaysia, Petaling Jaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 Oktober, 2015.Syarikat telekomunikasi harus berhenti mengenakan bayaran ke atas pengguna bagi perkhidmatan yang tidak menepati piawaian yang dijanjikan, kata Profesor Datuk Dr Marimuthu Nadason.

Gesaan itu dibuat Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), menerusi Laporan Tahunan 2014 yang dibentangkan Marimuthu selaku pengerusinya hari ini.

"Penyedia perkhidmatan mestilah tidak mengenakan caj ke atas pengguna bagi perkhidmatan yang gagal disampaikan kepada mereka seperti hubungan yang lemah (HSDPA, WiFi, panggilan dan sebagainya), terutamanya apabila prestasinya sama sekali di bawah piawaian.

"Dan ini tidak adil kepada pengguna," menurut laporan itu yang dibentangkan pada satu sidang media di Petaling Jaya pagi ini.

Marimuthu yang juga presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berkata, saranan itu merupakan sebahagian daripada cadangan penambahbaikan terhadap 5,868 aduan pengguna yang diterima NCCC, melibatkan telekomunikasi dan jalur lebar pada 2014.

Aduan terhadap telekomunikasi menduduki tangga ketiga kategori jumlah aduan tertinggi dengan anggaran kerugian sebanyak RM3.5 juta.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mendakwa rakyat Malaysia memilih Internet yang perlahan kerana ia murah berbanding hubungan Internet yang laju.

Menurut Prof Dr Marimuthu Nadason, NCCC menerima 41,531 aduan aduan telekomunikasi daripada pengguna pada 2014, dengan kerugian keseluruhan RM68 juta. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 Oktober, 2015.Menurut Prof Dr Marimuthu Nadason, NCCC menerima 41,531 aduan aduan telekomunikasi daripada pengguna pada 2014, dengan kerugian keseluruhan RM68 juta. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 Oktober, 2015.Kenyataan itu dibidas bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Rafidah Aziz, sebagai kenyataan yang memalukan, namun Salleh mempertahankannya mengatakan kesimpulan itu dibuat berdasarkan perangkaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sementara itu, Marimuthu dalam sidang media sama pagi tadi mengumumkan NCCC menerima 41,531 aduan pengguna pada 2014 dengan kerugian keseluruhan RM68 juta.

Jumlah aduan tertinggi melibatkan perdagangan dalam talian dengan 7,641 aduan sementara nilai kerugian tertinggi dicatatkan industri automobil dan kereta iaitu RM25.1 juta. – 5 Oktober, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tak-adil-caj-khidmat-internet-tak-memuaskan-kata-persatuan-pengguna#sthash.UrGu0dP0.dpuf
Last Updated on Monday, 05 October 2015 16:09