Friday, 29 Mar 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2010 - 2019 Copy of Sub-Standard Products Kemaja T
Kemaja T PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Saturday, 30 April 2011 00:09

Pada 26 hb Dis 2010 saya telah pergi membeli belah ke Pasar raya . Semasa itu saya telah  singgah di sebuah kedai kain di dalam Pasar raya tersebut. Saya telah  membeli dua helai kemeja T yang dikatakan berjenama dan kualiti baik. Saya telah membeli  dua helai kemaja T dengan harga RM 179.80 dan Rm 89.90.

Pada hari yang ketiganya saya telah meminta isteri saya mencuci kedua- dua helai bajunya . Saya terkejut dan hairan  mendapati kedua-dua kemeja T tersebut kendur dan warnanya pula pudar.

Pada 30hb Dis 2010 dan 07 jan 2011 saya telah Pergi kekedai tersebut untuk mendapatkan jawapan disebabkan . Saya  tidak mendapat apa-apa jawapan yang munsabah.
Sekian terima Kasih

Tindakan NCCC: Pihak NCCC membawa kes ini ke perhatian Kedai tersebut  dan pihak berkuasa. Akhirnya pihak Kedai  bersetuju untuk membuat  bayaran tuntutan Rm 179.80

Nasihat : Mengikut Seksyen 32 Akta Perlindungan Pengguna 1999 Jika barang dibekalkan kepada pengguna barang tesebut hendaklah bebas daripada kecacatan dan mesti mempunyai kualiti yang boleh diterima..

Jayasilan Kandasamy
National Consumer Complain Center